Rampasan buku: Rozan saman Benz Ali

Laporan polis turut dibuat hari ini di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi terhadap Benz Ali kerana mengeluarkan dan menyebarkan beberapa kenyataan memfitnah Rozan di media sosial

1:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Naib Ketua PKR Cabang Batu, Rozan Azen Mat Rasip akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis, Amir Hamzah Akal selepas mendakwa beliau difitnah individu terbabit berhubung isu rampasan bukunya oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Beliau menegaskan, laporan polis juga telah dibuat hari ini di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi terhadap Amir atau lebih dikenali Benz Ali kerana mengeluarkan dan menyebarkan beberapa kenyataan memfitnah dirinya di media sosial.

Menurutnya, Amir secara terbuka melemparkan pelbagai caci maki, kata kesat, ugutan, serta hasutan, selain fitnah yang dilihat sudah melampaui batas dan tindakan undang-undang perlu diambil dalam memberi pengajaran kepada orang ramai.

“Saya membuat laporan polis sebab sudah keterlaluan. Ia perlu dihentikan kerana sebarang tindakan KDN atau Menteri Dalam Negeri serta apa-apa terjadi kepadanya, beliau akan mengaitkan saya. Peluang telah diberikan kepadanya untuk menarik segala tuduhan dan permohonan maaf secara terbuka secara 24 jam pada 19 Ogos lalu.

“Bagaimanapun, tiada tindakan dilakukan. Sehubungan itu, selepas pihak polis membuka kertas siasatan, saya akan ambil tindakan undang-undang di mahkamah. Saya juga akan membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) agar tindakan sewajarnya diambil,” katanya pada sidang media di IPD Dang Wangi, hari ini.

Mengulas lanjut, Rozan berpandangan tuduhan palsu dilemparkan penulis terbabit seolah-olah disengajakan bagi mewujudkan persepsi negatif terhadap dirinya dan Kerajaan Perpaduan. 

“Saya tahu sebagai usahawan buku, beliau kecewa (rampasan dua buku oleh KDN). Namun menjadikan saya ‘punching bag’ kononnya segala tindakan adalah salah atau kelemahan di sisi mata beliau oleh kerajaan hari ini, itu tidak adil dan melampaui batas. 

“Saya mohon pihak polis membuat siasatan terhadap aduan saya ini berdasarkan Seksyen 502 Kanun Keseksaan serta  Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana dia berniat jahat memburukkan maruah saya,” katanya.

Dalam pada itu, Rozan mengakui tidak terkejut dengan tindakan KDN merampas buku berjudul Marx Sang Pendidik Revolusioner susulan ia pernah dirampas pada 2015.

“Buku puisi yang ditulis Amir pula saya beranggapan tajuknya mengundang kontroversi, susulan ia tidak sesuai kerana berunsur pornografi atau imej lucah untuk masyarakat,” katanya. 

Terdahulu, Amir kecewa apabila KDN pada 18 Ogos lalu menyerbu kedainya di Wisma Central, Kuala Lumpur dan merampas dua buku tersebut.

Jelasnya, buku tersebut tidak seharusnya dirampas susulan tidak tersenarai dalam senarai buku yang dilarang untuk dijual. – 21 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related