DAP tidak boleh berkuasa tanpa subahat Umno, Amanah dan PKR

PKR, Amanah, Umno menang kerusi PRN sebab ihsan DAP, ia strategi yang dirancang oleh DAP sekian lama: Annuar

2:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Tan Sri Annuar Musa berkata adalah jelas bahawa kerusi yang dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Amanah dan Umno pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu adalah kerusi yang mendapat ihsan daripada DAP.

Annuar yang juga Pengerusi Muafakat Nasional (MN) berkata, itulah strategi yang dirancang oleh DAP sekian lama dan ia juga terbukti bahawa DAP tidak boleh berkuasa tanpa subahat Umno, Amanah dan PKR.

“Justeru UMNO akan terus ditolak oleh orang Melayu, dan begitu juga Amanah dan PKR,’’ katanya dalam hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Keterah itu turut menyatakan bahawa gelombang rakyat yang sudah mula menjenguk ke Negeri Sembilan pada PRN enam negeri lalu akan terus bergerak ke Selatan, menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram.

“Politik nasional mula berubah kearah satu susunan dan titik ‘equilibrium’ politik yang baru, lebih stabil dan lebih baik untuk Malaysia,’’ katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon kedua-dua PRK pada 26 Ogos ini manakala hari pembuangan undi pada 9 September.

Kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Dalam pada itu, Annuar berkata, apa yang jelas, satu perkara paling signifikan daripada keputusan PRN lalu ialah orang Melayu dan Bumiputera bersama kaum lain yang berfikiran sederhana sangat bijak dalam membuat perhitungan politik serta tidak mudah diperdaya oleh pemimpin.

“Mereka sangat pragmatik dan mengekalkan idealisma politik yang berbekalkan penyatuan dan kesatuan bersama kelompok teras. Ini satu kekuatan dan penentu hala tuju masa depan negara,’’ katanya. – 20 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Related