Warganet kecam cadangan PN guna tema, logo Hari Kebangsaan berbeza, ‘ini idea bodoh’

Rata-rata kesal dan menyifatkan cadangan tersebut sebagai biadap serta ‘memperjuangkan’ perpecahan

10:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — ‘Bodo’ itu yang dikatakan warganet terhadap cadangan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari untuk menggunakan tema dan logo berbeza bagi sambutan Hari Kebangsaan di empat negeri di bawah pemerintahan PN.

Rata-rata mereka kesal dan menyifatkan cadangan tersebut sebagai biadap serta ‘memperjuangkan’ perpecahan malah ada yang bimbang Malaysia boleh berubah ke arah negara ekstrimis sekiranya tiada tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa.

Salah seorang yang marah dengan cadangan itu ialah Dennis Prem Kumar Chandran yang menulis di dalam Facebooknya.

“Jadah betul negeri PN ini.. nak guna logo dan tema Hari Kebangsaan sendiri..Woi…lagi baik keluar aje dari Malaysia…. kalau tak sanggup hormat logo tema tahap Nasional.. buat apa merempat dalam Malaysia?,’’ katanya.

Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari dalam hantaran di Facebook Pemuda Perikatan Nasional menulis tema Hari Kebangsaan yang dicadangkan ialah ‘Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera’ dan turut menampilkan logo dengan empat pilihan warna mewakili warna Jalur Gemilang iaitu biru, putih, kuning dan merah, mengandungi maksud dan falsafah.

“Inilah cadangan tema Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan yang ke-66 bagi Perikatan Nasional dalam menyemarakkan lagi semangat patriotik dan memekarkan lagi kecintaan rakyat Malaysia kepada negara sempena hari kemerdekaan negara pada tahun ini,’’ katanya.

Pada sidang media pelancaran Logo dan Tema Hari Kebangsaan Peringkat Pemuda PN di ibu pejabat PAS di sini, hari ini, Fadhli berkata, empat negeri di bawah pentadbiran PN mungkin menggunakan logo dan tema yang berbeza untuk sambutan peringkat negeri, berbanding menggunakan logo dan tema yang diumumkan di peringkat Persekutuan.

Jalur Gemilang mula berkibaran di seluruh negara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66. – Gambar Scoop, 19 Ogos, 2023

Sementara itu, netizen dikenali sebagai Sha Bacca pula menulis:

“PAS, membazir perbelanjaan logo kemerdekaan, guna dana negeri masing masing. Ingatkan memperjuangkan perpaduan, rupanya memperjuangkan perpecahan,” kata Sha Bacca.

Manakala Amirul Mukminin pula berkata:

‘Empat negeri PN mungkin guna logo dan tema merdeka berbeza! makin besar perpecahan bangsa kita. Semakin polarisasi selepas PRN, makin hancur nasionalisme.

Sementara seorang peguam, Asiah Abd Jalil pula berkata, mencadangkan logo dan tema berbeza sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menunjukkan tidak faham semangat patriotism.

“Pertama sekali saya nak cakap, PN BODOW. Bodow namampos. Bodow akbar (bodow maha besar).

“Kedua, saya nak bagitau, sambutan Hari Kebangsaan ialah sambutan peringkat persekutuan. Persekutuan! Kerajaan-kerajaan negeri kena ikutlah, walaupun kerajaan negeri dipimpin oleh parti yang berbeza dengan kerajaan persekutuan.

“Eh, Sabah dan Sarawak yang berstatus wilayh (bukan berstatus negeri, take note eh!), tak pernah besar kepala nak buat logo dan tema sendiri, macam 4 negeri yang dipimpin oleh PN ni,’’ katanya. – 19 Ogos, 2023

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related