Azmin lebih berkebolehan, patut ganti Muhyiddin sebagai pengerusi PN dan presiden Bersatu: Jazlan

Dengan pengalaman sebagai Menteri Besar Selangor dan Menteri Kabinet, Azmin boleh dijadikan sandaran untuk memimpin Bersatu serta PN

5:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Jawatan pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan presiden Bersatu sepatutnya diambil alih oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang lebih berkebolehan dan berkelayakan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata dengan pengalaman sebagai Menteri Besar Selangor dan Menteri Kabinet, Azmin boleh dijadikan sandaran untuk memimpin Bersatu serta PN.

“Mungkin Azmin yang baru menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang pada PRN lalu boleh jadi pewaris terbaik untuk ambil alih jawatan Presiden Bersatu dan Pengerusi PN selepas ini.

“Sebab bagi saya, Azmin lebih berkebolehan dan berkelayakan berbanding Hamzah (Datuk Seri Hamzah Zainuddin) dari segi kepimpinan kerana beliau pernah menjadi Timbalan Presiden PKR dan PH,’’ katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin yang umpamakan oleh Jazlan sebagai ‘lembu punya susu’ yang didakwanya mendabik dada selepas PRN lalu.

Sedangkan hakikatnya, kata Jazlan, sebenarnya prestasi Bersatu pada PRN lalu tidak sehebat mana kerana daripada 83 kerusi yang ditandingi, parti itu hanya menang di 36 kerusi dan kira-kira 32 peratus sahaja.

“Lebih kurang prestasi Umno saja tapi cara Muhyiddin dan orang Bersatu berkepak macam parti mereka hebat dan gilang gemilang. Dalam PN, PAS boleh dianggap cemerlang apabila mereka menang 110 kerusi daripada 116 yang calon parti itu bertanding.

“Sebahagian besar undi yang PAS dapat itu pun daripada tiga negeri yang majoriti Melayu, sedangkan di negeri-negeri campuran seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang mereka tak dapat kaut undi Melayu yang besar.

“Tapi maknanya, majoriti pengundi Melayu pada PRN lepas memilih untuk undi PAS, tolak Bersatu serta Umno. Macam majoriti orang Cina undi DAP di negeri-negeri pantai barat. Jadi kita boleh nampak sendiri dua-dua parti, PAS dan DAP memang jadi pilihan cauvinis kaum,’’ katanya.

Tegas Jazlan, meskipun PN kelihatan cemerlang pada PRN lalu, namun ia disebabkan oleh PAS serta Bersatu dan Muhyiddin patutnya berasa malu kerana mereka hanya menumpang populariti PAS.

Justeru apabila Muhyiddin mendesak Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi PH iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sejurus PRN, maka Jazlan berkata, Muhyiddin yang sepatutnya berbuat demikian. – 19 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related