Nahas Elmina: Proses bedah siasat semua mangsa selesai, tunggu padanan DNA

Selain padanan DNA, pengecaman jenazah dibuat menggunakan rekod pergigian dan cap jari

11:43 AM MYT

 

KLANG – Urusan bedah siasat terhadap semua mayat mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam Khamis lalu, selesai malam tadi dan menunggu hasil padanan asid deoksiribonukleik (DNA).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, sebanyak 300 sampel cebisan mayat sudah dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan padanan DNA dan 30 peratus berjaya diselesaikan.

Beliau berkata, seramai 30 pegawai patologi dan forensik terbabit dalam bedah siasat berkenaan.

“Semalam, kita sudah mendapat satu padanan DNA yang positif milik penunggang p-hailing, Muhamad Hafiz Muhamad Saleh dan jenazah diserahkan kepada warisnya pagi ini.

“Pihak Jabatan Kimia sedang berusaha keras untuk melengkapkan semua padanan DNA dan kita positif semua urusan akan selesai Isnin ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, hari ini.

Hussein turut menjangkakan satu lagi jenazah akan dapat dikenal pasti hari ini dan boleh diserahkan kepada waris esok.

Menurutnya, selain padanan DNA, urusan pengecaman jenazah dibuat menggunakan rekod pergigian dan cap jari.

“Setakat ini, polis berjaya mengenal pasti lapan cap jari mangsa,” katanya.

Sementara itu, Hussein berkata, beliau berharap waris mangsa nahas berkenaan dapat menerima seadanya keadaan jenazah yang diserahkan kepada mereka nanti.

“Terdapat cebisan mayat yang terbakar dan tidak dapat diproses untuk mencari padanan DNA.

“Waris juga harus bersabar kerana proses padanan DNA adalah rumit serta sensitif dan kita mahu semua cebisan mayat, diserahkan kepada pemilik yang sebenarnya,” katanya.

Seramai 10 mangsa disahkan terkorban dalam nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1), dengan nombor pendaftaran N28JV berkenaan.

Pesawat itu terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran kawasan perumahan Seksyen U16 di Bandar Elmina, Shah Alam pada kira-kira jam 2.40 petang kelmarin. Mangsa terdiri daripada seorang penunggang p-hailing, seorang pemandu kereta dan lapan penumpang serta kru pesawat, termasuk Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun. – 19 Ogos 2023

Topics

 

Hangat

[UPDATED] AGC requests high court for gag order on public discussion of Najib’s addendum case 

Attorney-General’s Chambers also does not want lawyers to hold watching briefs on hearings for the opposition

Top Ismail Sabri aides arrested over money laundering, graft probe: Azam Baki

Sources said that multiple cases are under investigation, including the alleged misuse of RM700 million

MACC arrest Johor Hockey official over RM26,000 alleged misuse of funds

Also arrested is a former Johor Hockey Association sec-sen for submitting false documents regarding its financial reports

Related