Allahuakbar… patut la sedih sangat, rupanya adik sepupu sendiri: Nurul

'Rupanya adik sepupu sendiri weyh.. Allah Allah.. awat laa kena dekat orang yang ku kenal ni. Ku tak kuat nak hadap benda ni. Polis baru dapat detect Apit mangsa yang terlibat' : Nurul

7:07 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Identiti penunggang motorsikal yang maut dalam kemalangan pesawat ringan yang terkempas di Elmina, Shah Alam petang semalam, dikenali sebagai Muhamad Hafiz Muhamad Salleh.

Allahyarham berasal dari Sidam, Kedah.

Sepupu arwah yang dikenali sebagai Nurul Nazihah memuatnaik perkara berkenaan di dalam Facebooknya dan meluahkan rasa terkejut kerana rider yang terlibat dalam kemalangan tersebut merupakan sepupunya sendiri.

“Allahuakhbar.. patut la dok sedih sangat-sangat, simpati dengan rider yang terbakar excident dengan pesawat dekat Elmina petang ni (semalam).

“Rupanya Adik sepupu sendiri weyh.. Allah Allah.. awat laa kena dekat orang yang ku kenal ni. Ku tak kuat nak hadap benda ni. Polis baru dapat detect Apit mangsa yang terlibat,’’ katanya.

Seramai 10 orang maut dalam kejadian pesawat ringan jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, petang semalam.

Selain Allahyarham Hafiz, mangsa-mangsa lain termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai Datuk Seri Johari Harun, Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim serta lima penumpang lain Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohd Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib.

Seorang lagi identiti pemandu kereta yang terlibat masih belum disahkan.

Dalam pada itu, Nurul juga memaklumkan sehingga saat ini dia tidak mampu menghubungi ibu dan bapa arwah yang kini dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

“Saya minta maaf kepada Press yang call dan whatsapp, ramai sangat-sangat contact saya, saya tak tahu 100 peratus kejadian.

“Sampai saat ni saya tak mampu nak call Maklang dan Pak Lang. Eemosi kami semua tak stable apatah lagi mak ayah dan adik beradik dia sendiri.

“Kami nak sembang antara kami pun susah, semua tengah berhiba dan berduka atas kejadian yg menimpa arwah Apit (mangsa),’’ demikian tulisnya dalam Facebook

Nurul turut meminta supaya keluarga mereka diberikan ruang dan peluang untuk mereka bertenang.

Dalam pada itu, Foodpanda Riders merakamkan ucapan takziah kepada Allahyarham Hafiz yang merupakan penunggang Foodpanda di atas kemalangan yang menimpanya.

“Dukacita dimaklumkan bahawa rider kita Allahyarham Muhamad Hafiz Bin Muhamad Salleh telah terlibat dalam tragedi kapal terbang terhempas di Elmina semalam. Salam takziah dari kami foodpanda kepada keluarga Allahyarham,” demikian tulis Foodpanda Rider menerusi akaun Facebook. – 18 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related