ADUN Terengganu diminta jangan berat sebelah, berani suarakan pandangan

'Walaupun ADUN tersebut daripada gabungan parti politik yang sama, mereka mesti berani menyuarakan pandangan demi kesejahteraan rakyat': Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim

4:59 PM MYT

 

KUALA TERENGGANU – Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu daripada Perikatan Nasional (PN) tidak boleh bersikap berat sebelah jika terdapat cacat cela pada pentadbiran kerajaan negeri memandangkan tiada wakil pembangkang dalam dewan legislatif negeri itu.

Veteran politik Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasiruddin Shah berkata walaupun ADUN tersebut daripada gabungan parti politik yang sama, mereka mesti berani menyuarakan pandangan demi kesejahteraan rakyat.

“Moleknya ada pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), namun apa yang berlaku kini sebaliknya dan macam mana nak berbahas dalam sidang DUN dengan baik sebab biasanya pembangkanglah yang bagi pendapat berhubung masalah rakyat.

“Bila tak ada pembangkang, kita takut suara rakyat tak sampai, tak boleh bagi pendapat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Tengku Ibrahim yang pernah menjadi ADUN Tanggol (Hulu Terengganu) pada 1990 berkata kesemua ADUN berkenaan tidak boleh menyebelahi pihak parti pemerintah semata-mata, sebaliknya perlu ikhlas dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab.

Pada Pilihan Raya Negeri Sabtu lepas, PN menyapu bersih semua 32 kerusi DUN Terengganu, yang dimenangi 27 calon PAS dan lima Bersatu, sekali gus menjadikan DUN Terengganu buat pertama kali tanpa pembangkang sejak kemerdekaan.

Dalam pada itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata BN akan tampil dengan strategi-strategi yang efektif dalam menyuarakan isu-isu rakyat di negeri itu meskipun tidak berada dalam sidang DUN.

“Sekarang kami dalam tempoh bertenang…sedang menilai dan mengkaji, Insya-Allah nanti kami akan maklumkan tindakan yang sesuai diambil,” katanya. — 16 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Related