Mohamad dilantik Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Jagdeep TKM 2

11:23 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung, Datuk Mohamad Abdul Hamid dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM 1) Pulau Pinang.

Wakil rakyat dari PKR itu mengangkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada jam 10.20 pagi disaksikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Mohamed, 49, juga diberi tanggungjawab untuk mengetuai Jawatankuasa Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat.

Beliau antara tujuh muka baharu yang dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Pulau Pinang.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu, Mohamed memperoleh 18,939 undi dengan majoriti 3,221 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) yang meraih 15,718 undi.

Sementara itu, Adun Datok Keramat daripada DAP, Jagdeep Singh Deo dilantik sebagai TKM 2 Pulau Pinang.

Adun empat penggal yang juga seorang peguam itu turut menggalas tanggungjawab sebagai Exco Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi negeri.

Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya menguasai 29 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dengan DAP berjaya mengekalkan kemenangan di 19 kerusi DUN ditandingi parti itu.

Dalam pada itu, PKR pula menang tujuh daripada 13 kawasan ditandingi dan BN memperoleh dua kerusi serta Amanah mengekalkan satu kerusi iaitu Bayan Lepas. – 16 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related