Fahmi serah watikah pelantikan kepada enam Ahli Perbadanan Finas baharu

Finas dalam kenyataan hari ini berkata mereka yang dilantik adalah Saeful Fadhly Moktar; Aidah Ahmad Adzmi; Chacko George Vadaketh; Rozaidi Abdul Jamil; Yee I-Lan dan Gregory Wee Lik Hoo

10:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai enam individu dilantik sebagai Ahli Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang baharu bagi mengisi kekosongan sedia ada berkuat kuasa 1 Ogos lepas hingga 31 Julai 2025.

Finas dalam kenyataan hari ini berkata mereka yang dilantik adalah Saeful Fadhly Moktar; Aidah Ahmad Adzmi; Chacko George Vadaketh; Rozaidi Abdul Jamil; Yee I-Lan dan Gregory Wee Lik Hoo.

Menurut kenyataan itu, watikah pelantikan disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dalam majlis yang diadakan di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Finas Datuk Kamil Othman, ahli-ahli Perbadanan dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Finas Rozita Waty Ridzuan.

“Finas yang bertanggungjawab meletakkan fokus pemerkasaan ekonomi dan kualiti industri kreatif termasuk sektor perfileman, akan terus komited dalam memastikan pembangunan industri filem tempatan terus berkembang,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi berkata beliau akan cuba membantu Finas terutama dalam aspek kebajikan industri seni selain mengangkat martabat anak-anak seni menerusi badan itu.

“Kita juga akan membangunkan data untuk industri dan secara tidak langsung ia akan memberi peluang pekerjaan kepada lebih ramai pemain industri di Malaysia,” katanya. – 15 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related