Ucapan tahniah sahkan Nassuruddin MB Kelantan, Fadzli timbalan

Hantaran yang dikongsikan di Facebook miliknya sebentar tadi seolah-olah mengiyakan spekulasi yang mengaitkan kedua-dua pemimpin PAS itu dengan jawatan tersebut baru-baru ini

4:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria mengucapkan tahniah kepada Datuk Mohd Nassuruddin Daud atas pelantikannya sebagai Menteri Besar Kelantan baharu.

Ucapan itu turut dizahirkan kepada Datuk Mohamed Fadzli Hassan yang dlantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Hantaran yang dikongsikan di Facebook miliknya sebentar tadi seolah-olah mengiyakan spekulasi yang mengaitkan kedua-dua pemimpin PAS itu dengan jawatan tersebut baru-baru ini.

“Saya mewakili PAS Perak mengucapkan tahniah kepada Mohd Nassuruddin atas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan.

“Ucapan tahniah juga diucapkan kepada Mohamed Fadzli atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan serta seluruh barisan Exco,” katanya.

Menurut beliau, pelantikan itu merupakan satu tindakan proaktif apabila agamawan dan teknokrat digabungkan untuk menerajui Kelantan.

“Saya yakin dan percaya Insya-Allah, hala tuju kerajaan Kelantan dalam lima tahun ini berada di landasan yang betul membawa rakyat negeri ini cemerlang di duniawi dan ukhrawi,” katanya.

Semalam, Mohd Nassuruddin dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan yang baharu, petang ini.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri itu dijadualkan mengangkat sumpah jawatan di Istana Negeri, Kubang Kerian jam 3.30 petang.

Mohd Nassuruddin memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Meranti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu.

Sembilan barisan Exco juga dijangka mengangkat sumpah hari ini, dengan lima daripadanya adalah calon baharu termasuk seorang wakil Bersatu.

PRN Sabtu lalu menyaksikan PAS mengekalkan pemerintahan kerajaan negeri selepas memenangi 43 kerusi daripada keseluruhan 45 kerusi DUN. – 15 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related