Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Beliau melafazkan sumpah memegang jawatan tersebut di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada pukul 3.18 petang

3:41 PM MYT

 

KUALA TERENGGANU – Naib Presiden PAS Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini.

Ahmad Samsuri, 53, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, melafazkan sumpah memegang jawatan tersebut di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada pukul 3.18 petang.

Turut berangkat pada Istiadat Perisytiharan Pelantikan Menteri Besar dan Melafaz Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu, Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan dan Tengku Muhammad Muaz Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ahmad Samsuri akan menerajui pentadbiran negeri setelah gabungan PAS dan Bersatu memenangi kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu pada pilihan raya negeri Sabtu lepas.

Beliau memperoleh 20,927 undi dengan majoriti 17,286 undi mengalahkan calon Pakatan Harapan Suhaimi Sulaiman.

Bapa kepada enam orang anak itu pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Presiden PAS yang juga bekas Menteri Besar Terengganu Tan Sri Abdul Hadi Awang pada 2008 hingga 2018.

Ahmad Samsuri buat pertama kalinya bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 dan meraih kemenangan dengan majoriti 6,028 di kerusi DUN Ru Rendang menewaskan calon Barisan Nasional Nik Dir Nik Wan Ku, dan selepas itu beliau diangkat menjadi menteri besar.

Lebih dikenali sebagai Dr Sam, bekas Ketua Jabatan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM) berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Leeds, United Kingdom itu pernah menjadi antara rujukan penting dalam mengupas misteri kehilangan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan insiden nahas pesawat MH17.

Sepuluh ADUN yang akan menganggotai Jawatankuasa Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu turut mengangkat sumpah pada istiadat yang sama. – 15 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related