KUALA LUMPUR — Seorang lelaki membuat laporan polis terhadap pengguna Facebook dikenali sebagai Zikri Hakim Azhar yang didakwa mengeluarkan ancaman serta ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Laporan berkenaan dibuat oleh Suriase Gengiah yang juga Naib Pengerusi Ketua Cabang Sungai Buloh di Balai Polis Sri Damansara, petang ini.

“ Semasa saya berada di sebuah restoran, saya menerima whatsapp bergambar dari seorang kawan yang meminta saya melihat Facebook Zikri Hakim Azhar berkenaan.
“ Saya tidak berpuas hati dengan lelaki tersebut kerana telah mengeluarkan ancaman serta ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri,’’ katanya seperti tertulis dalam laporan kepada polis.
Suriase berkata, semasa membuka Facebook itu, beliau mendapati komen tersebut telah tiada dan disyaki telah dipadamkan.
“Saya datang ke balai untuk membuat laporan bagi tindakan selanjutnya kerana ugutan serta ancaman keselamatan terhadap Perdana Menteri,’’ katanya. – 14 Ogos, 2023