Adakah ketua pengarah J-KOM, Agus akan ditukar?

Ia susulan wujud ketidakpuasan dalam kalangan ahli politik Kerajaan Perpaduan terhadap J-KOM sehingga ia mendapat kritikan hebat di media sosial

5:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Adakah Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff akan ditukar dalam satu rombakan komunikasi strategik Kerajaan Madani?

Ia susulan wujud ketidakpuasan dalam kalangan ahli politik Kerajaan Perpaduan terhadap J-KOM sehingga ia mendapat kritikan hebat daripada masyarakat di media sosial.

Perkara itu dibuktikan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Marina Ibrahim hari ini menyarankan kerajaan menukar Ketua Pengarah J-KOM baharu, berikutan kegagalan agensi itu dalam penyampaian maklumat, terutama berkaitan inisiatif kerajaan kepada rakyat.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor itu menerusi hantaran di Twitter menegaskan, banyak manfaat dan insentif diperkenalkan kerajaan persekutuan dalam membantu rakyat namun tidak diketahui sehingga menyebabkan mereka tidak dapat menikmati manfaat yang disediakan.

Dalam pada itu, Agus ketika dihubungi Scoop enggan mengulas saranan supaya beliau berundur daripada memegang jawatan tersebut.

Mantan pensyarah politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, beliau tidak berhak memberi sebarang ulasan berkenaan isu tersebut.

“Saya tak mahu jawab apa-apa sebab saya diminta untuk diam dahulu, saya tidak mahu beri sebarang komen” katanya ringkas, hari ini.

Julai lalu, J-KOM mengundang kritikan ramai apabila menyiarkan infografik yang menyatakan belanja dapur satu keluarga adalah kurang daripada RM400 sebulan, manakala belanja untuk individu bujang adalah kira-kira RM200 sebulan.

Infografik itu mengundang kritikan ramai apabila ia disifatkan sebagai tidak realistik kerana perbelanjaan itu tidak termasuk keperluan asas lain seperti gula, susu, bawang dan sayuran.

Infografik yang dikongsi di platform media sosial J-KOM itu kemudiannya dipadam selepas hampir 48 jam dikongsi setelah mendapat kecaman hebat netizen. – 14 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related