Saya tak pertikai kelayakan akademik Agus, tapi J-KOM kena beri info pada rakyat: Marina

“Berapa ramai tahu Skim Perubatan Madani? PekaB40? MySalam? Subsidi Car Seat pada golongan B40 dan M40? Bantuan Rahmah?'', soal Marina

5:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Marina Ibrahim berkata beliau tidak mempertikaikan kelayakan akademik Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff namun jabatan berkenaan perlu memberikan maklumat kepada komuniti.

Menurut Marina yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, J-KOM seharusnya digunakan untuk menyebarkan insentif dan manfaat yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat supaya golongan sasaran ni mendapat hak mereka.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff telah diminta melepaskan jawatan kerana JKOM didakwa gagal menyampaikan maklumat kepada rakyat. – Gambar dari Facebook, 14 Ogos, 2023

“Pertama, kena tahu ya bahawa aku tak da pertikaikan kelayakan akademik Prof Agus. Kedua, aku nak jelas aku tak da nyatakan pun supaya JKOM digunakan sebagai alat parti politik.

“J-KOM tu apa? Jabatan Komunikasi Komuniti yang berperanan memberikan INFO kepada komuniti. Tapi apa info yang korang dah dapat daripada JKOM? maklumkan aku,’’ katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Marina sebelum ini dilaporkan meminta supaya jawatan Agus digantikan dengan orang lain kerana Agus gagal memainkan peranan memastikan J-KOM melaksanakan tugas dengan berkesan dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Mengulas lanjut, Marina memberitahu, berdasarkan pengalamannya, ramai yang tidak mengetahui mengenai program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan yang memberikan manfaat kepada mereka.

“Berapa ramai tahu Skim Perubatan Madani? PekaB40? MySalam? Subsidi Car Seat pada golongan B40 dan M40? Bantuan Rahmah?

“Ingat semua orang ada masa scroll media sosial untuk dapatkan info yang bermanfaat untuk komuniti?? kau yang scroll fb ni berulang alik pun belum tentu tahu apa skim yang aku sebut dekat atas tu.

“Sebab tu, peranan JKOM kena kaji balik supaya berfungsi baik. Paling sedih apa? kalau korang biasa buka kaunter bergerak, korang akan tahu kaum apa paling peka dengan segala skim yang ditawarkan kerajaan dan kaum mana yang seringkali ketinggalan. Kita tak mahu ada sesiapa yang ketinggalan. A dapat nikmati manfaat, B dapat maklumat dan C juga tidak tercicir. Paling sedih siapa? Orang Asal yang selalu tercicir dalam segala bentuk manfaat,’’ katanya.

Beliau turut meminta supaya JKOM diperkasakan agar rakyat di merata tempat dapat mengetahui manfaat yang disediakan kerajaan dan akhirnya mereka akan membuat penilaian sendiri.

“Rakyat yang bijak, akhirnya mereka tahu menilai dan akan tahu apa pilihan yang mereka harus buat. Memilih kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat atau sebaliknya,’’ katanya. – 14 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Related