Saya maafkan Pudin, kalau dia buat lagi kita lawan: Sanusi

Sanusi turut memberi jaminan Adun yang mendapat mandat rakyat pada PRN kali ini tidak akan terpalit dengan sebarang skandal rasuah

10:50 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaafkan sesiapa sahaja yang melemparkan fitnah terhadapnya sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Menurutnya, beliau turut memaafkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang ‘menyerangnya’ berkenaan isu kecurian unsur nadir bumi (REE) di negeri itu.

“Bagi pihak diri saya, Muhammad Sanusi Md Nor yang diserang bertubi-tubi, bertalu-talu tanpa henti, depan belakang atas bawah kiri kanan dengan bermacam-macam fitnah dan serangan saya maafkan semua serangan itu.

“Saya juga maafkan Pudin (Saifuddin). Kalau dia buat lagi kita lawan lagi. Lepas tu kita tengok nak maafkan nak renyok,” katanya ketika berucap pada Himpunan Mandat Rakyat di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut dekat Alor Setar, malam tadi.

Pada masa sama, beliau turut mengakui sukar memilih barisan Exco Kedah yang baharu memandangkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang memenangi PRN di negeri itu berkelayakan.

“Sekarang saya ada masalah nak lantik ahli Exco. Saya pejam mata saya nampak semua layak. Saya tak tahu nak lantik siapa?

“(Maka) Saya serah kepada parti untuk berunding dan berbincang. Kalau perlu dibawa ke atas ke bawah, datangkan nama itu kepada saya. Saya takkan buat pilihan,” katanya.

Sementara itu, beliau memberi jaminan bahawa Adun yang mendapat mandat rakyat pada PRN kali ini tidak akan terpalit dengan sebarang skandal rasuah.

“Saya beri jaminan selama saya diberi Amanah mengetuai jentera peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, saya akan pastikan mereka (Adun) tidak menjadi kaya. Mereka semua tidak akan pernah terpalit skandal rasuah dan penyelewengan.

“Saya tidak izinkan mana-mana Adun untuk bekejar ke sana ke mari mencari projek untuk diri sendiri atau kawan-kawan. Siapa yang terpalit terus lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Hampa angkut dia pi kurung,” katanya.

Tegasnya lagi, jika terdapat pimpinan di Kedah yang melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu sudah tentu ada di antara mereka sudah didakwa sebelum ini.

“Kita telah menggalas amanah ini tiga tahun dengan susah payah. Kalau betul ada siapa-siapa yang terpalit dengan kerja bodoh ini, serangan kerajaan Persekutuan dan segala jenteranya sepanjang kempen (PRN) ini, tentulah menyeret sebahagian kita masuk ke dalam.

“Tapi, oleh kerana kita bersih tak cari kekayaan dengan kedudukan ini, maka serangan bertali tarus selama berminggu-minggu sehelai bulu roma pun tak berdiri. Pasal kita yakin oleh kerana kita benar, ikhlas bekerja semata-mata untuk rakyat, Allah akan lindungi kita,” katanya.  – 14 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related