KUALA LUMPUR — Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menawan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, dengan menewaskan Juwairiya Zulkifli dari Pakatan Harapan (PH).
Azmin, mewakili Perikatan Nasional (PN), menjadi Menteri Besar Selangor dari 2014 sehingga 2018 dan bekas penyandang DUN Hulu Kelang pada 1999 namun tewas pada calon Barisan Nasional (BN) pada 2004.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri ini, Azmin menewaskan Juwairiya dengan majoriti undi 1,617. Azmin memperoleh 25,597 manakala Juwairiya (23,980).
Juwairiya adalah bekas Adun Bukit Melawati dan dicalonkan untuk bertanding di Hulu Kelang, selepas mengambil alih kerusi yang disandang oleh Saari Sungib dari Amanah.
Saari yang merupakan penyandang kerusi Hulu Kelang sebelum ini, tidak mempertahankan kerusi itu kerana masalah kesihatan. – 12 Ogos, 2023