ALOR SETAR – Keputusan tidak rasmi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah mendapati Perikatan Nasional (PN) menang di 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Pakatan Harapan (PH) menang tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di Kota Darulaman, Bakar Arang dan Sidam.
DUN dimenangi PN iaitu Merbau Pulas, Alor Mengkudu, Sungai Limau, Guar Cempedak, Jitra , Gurun, Belantek, Jeneri, Bayu, Kuala Ketil, Kuala Nerang, Kulim, Anak Bukit, Pengkalan Kundor, Kupang, Bandar Baharu, Ayer Hitam, Bukit Kayu Hitam, Bukit Pinang, Bukit Lada, Pedu, Suka Menanti, Ayer Hangat, Kuah, Kota Siputeh, Tanjong Dawai, Pantai Merdeka, Tokai, Lunas, Sungai Tiang, Kubang Rotan, Derga dan Bukit Selambau. – 12 Ogos, 2023