PRN: Ahmad Yakob akui lepas jawatan sebab masalah kesihatan

'Saya sudah dua kali jatuh dan ada 'slip disc' sikit. Selain itu saya juga ada masalah jantung': Datuk Ahmad Yakob

7:00 PM MYT

 

TUMPAT – Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengakui masalah kesihatan adalah faktor utama beliau mahu melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan yang telah disandangnya selama dua penggal sejak 6 Mei 2013.

Ahmad yang merupakan penyandang dan calon PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan bermula sejak Pilihan Raya Umum Kesembilan (1995) berkata masalah keuzuran itu juga telah dimaklumkan kepada Presiden Parti Tan Sri Abdul Hadi Awang, sebelum ini.

“Saya sudah dua kali jatuh dan ada ‘slip disc’ sikit. Selain itu saya juga ada masalah jantung.

“Jadi kalau boleh saya tidak mahu menjadi Menteri Besar lagi sebab faktor umur dan kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut, di sini hari ini.

Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini yang memaklumkan beliau menolak untuk terus menyandang jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti disebabkan masalah keuzuran dan perlu menjalani rawatan kesihatan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan semalam turut mengumumkan Kerajaan Negeri Kelantan yang ditadbir parti itu dijangka akan memiliki gabungan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar yang baharu selepas PRN ini.

Dalam pada itu Ahmad mengakui bukan mudah menjadi seorang Menteri Besar kerana ia merupakan satu tanggungjawab yang berat termasuk perlu tahan diuji.

Ditanya mengenai calon Menteri Besar yang baharu, Ahmad berkata sebanyak tiga nama akan dikemukakan kepada Presiden Parti.

“Biasanya kita akan hantar kepada Presiden (Abdul Hadi) dan beliau akan membuat pengkhususan.

Kemudian nama-nama ini akan dipersembahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V untuk mendapat perkenan,” katanya.

Pada PRN kali ini, Ahmad akan ditentang calon Pakatan Harapan (PH) Mohamad Zamakh Sari Ibrahim dalam pertembungan satu lawan satu. – 12 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related