‘Saya sahkan insiden provokasi itu berlaku di sebuah IPD di Pantai Timur’

PDRM sedang menyiasat penularan video seorang lelaki dikasari beberapa lelaki di IPD tersebut

1:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan terdapat insiden provokasi berlaku di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Pantai Timur seperti yang tular di media sosial semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata PDRM sedang menyiasat penularan video seorang lelaki dikasari beberapa lelaki di IPD tersebut.

“Saya sahkan insiden itu berlaku di sebuah IPD di Pantai Timur dan kita masih jalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan. 

“Mungkin ada provokasi berlaku sebelum kejadian berkenaan dirakam dan ketua polis negeri terbabit akan mengadakan sidang media berhubung insiden berkenaan,” katanya dalam sidang media khas selepas meninjau pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Klang Gate di sini, hari ini.

Terdahulu, satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki bermotosikal memakai bendera PAS di belakang badannya telah dikasari beberapa lelaki di hadapan pintu masuk sebuah IPD di sebuah negeri di Pantai Timur tular di media sosial hari ini. 

Rakaman video berdurasi 14 saat itu memaparkan lelaki terbabit ditarik dari motosikalnya dan dipukul kumpulan lelaki berkenaan.

Sementara itu, di KELANTAN, Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pihaknya akan membuat siasatan lanjut berhubung kejadian kes provokasi melibatkan seorang penunggang motosikal yang membuat bising di hadapan sebuah balai polis, di sini awal pagi tadi.

“Kita akan membuat siasatan lanjut berhubung perkara ini termasuk terhadap anggota yang terlibat menyuraikan kes tersebut mengikut Pematuhan Intergriti dan Standard.

“Semalam juga kita tahan sebuah kenderaan yang diubah suai menjadi kereta kebal di jalanan. Tindakan akan diambil mengikut Seksyen 61 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM2,000 dan enam bulan penjara,” katanya dalam sidang media selepas meninjau proses pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah (SMKA) hari ini.

Beliau turut meminta masyarakat di Kelantan supaya tidak melakukan sebarang perbuatan provokasi menjelang proses penjumlahan undi petang ini kerana ia menyalahi undang-undang.

“Pemimpin dan calon yang bertanding juga diminta menasihati penyokong masing-masing agar tidak menimbulkan sebarang provokasi sepanjang proses PRN terutama golongan muda yang sangat teruja dengan aktiviti berkempen,” katanya.

Mengulas mengenai proses pengundian PRN Kelantan, Muhammad Zaki berkata setakat 2 petang hari ini proses pengundian berjalan lancar.

Muhamad Zaki berkata biarpun peratusan pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka di Kelantan masih rendah, beliau percaya jumlah tersebut boleh meningkat sebelum pusat mengundi ditutup petang ini.

“Tinjauan melalui udara mendapati kesesakan tidak berlaku dan pengundi dapat keluar mengundi dengan baik. Kami menjangkakan baki pemilih akan keluar melaksanakan tanggungjawab mengundi pada sebelah petang,” katanya

SMKA Falahiah merupakan satu daripada 12 pusat mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan. – 12 Ogos, 2023

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related