Tiada debaran kalah, Sanusi optimis PN menang di Kedah

Bercakap mengenai jawatan Menteri Besar, beliau berkata, perkara itu adalah proses berlainan yang akan diputuskan kelak

1:09 PM MYT

 

SIK – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yakin tiada kekalahan besar membabitkan Perikatan Nasional (PN) di Kedah.

Beliau berkata, hasil pemerhatian beliau mendapati gelombang PN di Kedah masih kukuh dan mampu bertahan.

“Saya optimis akan capai kemenangan, debaran kalah itu tiada.

“Biasanya kalau tengok suasana berdebar-debar mungkin kalahlah, tapi ini tidak berdebar, tenang saja…kita pantau bukan hari ini sahaja (hari undi), malah sejak dua tiga hari lepas gelombang sambutan amat baik dan saya harap ia diterjemah ke kertas undi.

“Saya yakin menanglah,” katanya kepada media selepas selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baharu Beris Jaya di sini, pagi ini.

Ditanya mengenai potensi PN secara keseluruhan di kesemua enam negeri yang berdepan Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN-15), Sanusi berkata, akan berlaku beberapa tokoh besar tumbang.

“Seluruh negeri yang menghadapi PRN-15 saya nampak gelombang PN itu besar dan akan ada beberapa ‘upset’ di beberapa negeri.

“Setidak-tidaknya di beberapa DUN, tokoh besar PH-BN akan tumbang dan beberapa calon ‘underdog’ PN akan menang, kita tunggulah malam ini,” katanya.

Bercakap mengenai jawatan Menteri Besar, Sanusi berkata, perkara itu adalah proses berlainan yang akan diputuskan kelak.

“Yang itu saya tak tahu lagi kerana itu proses lain, ini adalah proses untuk pengundian untuk jadi Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) dahulu dan jawatan Menteri Besar proses yang berlainan nanti,” katanya.

Pengarah Pilihan Raya PN itu, menyeru orang ramai supaya keluar seramai mungkin untuk menunaikan tanggungjawab mengundi. – 12 Ogos, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related