SUNGAI PETANI — Lebih 5,000 rakyat membanjiri Padang Awam Taman Ria di sini bagi mendengar amanat khas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jelajah Perpaduan Madani Grand Kedah Finale, malam ini.
Anwar telah tiba sekitar jam 11.06 malam bagi berucap di pentas sebelum tirai kempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) tamat pada jam 12 malam ini.
Terdahulu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba kira-kira jam 10.15 malam tadi.
Turut hadir Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mahdzir Khalid; Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Kedah, Datuk Mahfuz Omar.
Jelajah turut dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan termasuk anak Datuk Jamal Abdillah, Zaki Yamani. – 11 Ogos, 2023