Sanusi ramal PN menang 33 kerusi di Kedah

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan keyakinan itu berdasarkan sokongan kepada PN yang ditunjukkan sepanjang tempoh kempen

8:30 PM MYT

 

PADANG SERAI — Ketua Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yakin gabungan itu mampu memenangi 33 daripada 36 kerusi DUN di Kedah, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah, memaklumkan keyakinan itu berdasarkan sokongan kepada PN yang ditunjukkan sepanjang tempoh kempen.

“Boleh menang 33-3 (kalah tiga kerusi kepada PH-BN),” katanya ringkas selepas menghadiri ceramah Grand Finale Sembang Santai bersama Sanusi di Padang Awam Tunku Putra, Kelang Lama di Lunas dekat sini.

Sanusi bagaimanapun tidak memaklumkan kawasan bagi tiga kerusi yang dijangka dimenangi PH-BN.

Difahamkan, berdasarkan sumber termasuk pemerhati politik, tiga kerusi DUN dijangka dimenangi PH-BN iaitu Sidam, Kota Darulaman dan Bakar Arang. – 11 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

DAP not elitist: Zairil defends working-class commitment despite being in federal govt

Penang DAP vice-chairman says the party remains dedicated to social justice, pro-worker policies

Related