Netizen bagi sokongan padu untuk Shuib, heret John Dihani ke mahkamah

Tindakan saman itu dibuat selepas Md Johan Dihani Mohd Zaidi atau John Dihani telah menarik balik permohonan maaf yang dibuatnya menerusi InstaStory

4:26 PM MYT

 


KUALA LUMPUR
– Rata-rata netizen menyokong tindakan pelawak yang kini bergelar usahawan, Shuib untuk memfailkan saman terhadap individu bernama Md Johan Dihani Mohd Zaidi yang didakwa menabur fitnah terhadapnya menerusi media sosial.

Sokongan itu diberikan netizen selepas Shuib memuat naik sebuah hantaran gambarnya bersama wakil peguamnya, Syed Afiq Syed Albakri di akaun Instagramnya, yang dirakamkan pada sidang media petang semalam berkaitan saman terbabit.

Menurut seorang pengguna IG bernama @sue_zainun, dia menyokong saman tersebut supaya orang ramai tidak sewenangnya bercakap perkara yang bukan-bukan.

“Di FB bersepah orang yang main fitnah-fitnah kata artis-artis ni agen dajallah, freemasonlah. Elok juga saman supaya tidak ada yang senang-senang nak cakap bukan-bukan,’’ katanya.

Manakala @Linahrahmahhomebakery pula menulis:
“Saman jer. Fitnah melampau betul.

Komen @ibu_of_6 pula:
“Dah jadi trend di Malaysia. Kutuk dulu, pastu minta maaf. Macam takde apa-apa je.

Sementara @nuradah pula berharap supaya urusan saman berkenaan dipermudahkan kepada Shuib.

“Saman saja mulut-mulut jahat yang suka cakap banyak. Bagi pengajaran . Semoga dipermudahkan segala urusan,’’ demikian tulisnya.

Semalam, Shuib menegaskan akan mengambil tindakan saman terhadap seorang individu dikenali sebagai Md Johan Dihani Mohd Zaidi, biarpun lelaki itu menafikan perbuatan menyebar fitnah mengaitkannya dengan Freemason.

Tegas Shuib, saman fitnah ini bukan semata-mata dilakukannya sebagai seorang individu, sebaliknya ia juga adalah langkah proaktif untuk melawan budaya fitnah yang tidak melambangkan budaya masyarakat Malaysia.

Selepas memadam status permohonan maafnya yang dibuat menerusi InstaStory pada 4 Julai lalu, John Dihani telah menarik balik permohonan maafnya kepada Shuib menerusi peguamcaranya pada 10 Julai lalu.

Shuib yang baharu sahaja mendirikan rumahtangga buat kali kedua bersama wanita pilihannya, Fati Nimmatul Adawiyah atau Watie pada akhir Jun lalu telah memfailkan saman tersebut menerusi Tetuan Zharif Nizamuddin yang diwakili peguam, Syed Afiq Syed Albakri. – 11 Ogos, 2023

Topics

Hangat

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Zhijie’s tragic death underscores crucial BAM-IJN partnership for athlete health

Incident a 'wake-up call' for importance of comprehensive health checks among athletes, medical assessments should be mandatory across all national sports associations, says BAM president

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Related