Muhyiddin patut tunjuk teladan baik, jangan wujudkan kluster ‘takut mahkamah’: Puad

PN septutnya mengeluarkan kenyataan terbuka agar rakyat tidak gelisah

11:33 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya menunjukkan teladan baik dengan meminta menantunya pulang untuk disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyelewengan pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, bekas Perdana Menteri itu sewajarnya menunjukkan teladan baik, bukan menunggu SPRM membuat pendedahan.

Malah, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu septutnya mengeluarkan kenyataan terbuka agar rakyat tidak gelisah.

“Sepatutnya Muhyiddin minta menantunya balik segera untuk disoal siasat SPRM. Dia patut buat kenyataan terbuka agar rakyat tidak gelisah. Muhyiddin kena tunjuk teladan baik.

“Dia masih bermimpi jadi Perdana Menteri. Kenapa tunggu SPRM buat pendedahan baru nak balik,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, isu terbabit adalah serius apabila SPRM meminta Polis Antarabangsa (Interpol) membantu dalam pencarian lelaki itu, selain memohon Jabatan Imigeresen (Imigresen) menggantung paspot dan akan disenarai hitam.

“Jangan wujudkan kluster baru, iaitu ‘kluster takut mahkamah’.

“PN Best terbukti hanya retorik,” katanya.

Pada 7 Ogos lalu, SPRM mendedahkan pihaknya sedang mengesan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

SPRM berkata, suruhanjaya itu cuba menghubungi mereka, iaitu masing-masing ahli perniagaan dan peguam secara terus serta menerusi peguam, namun kedua-dua mereka enggan tampil memberi kerjasama.

Katanya, semakan rekod dibuat SPRM juga mendapati kedua-dua individu terbabit sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei lalu.

Susulan situasi itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membantu SPRM dalam proses permohonan notis merah terhadap menantu Muhyiddin terbabit dan seorang peguam. – 11 Ogos 2023.

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related