Isu KXP punca Sanusi mula cakap lepas, ‘dulu lebih lembut daripada baulu’

Sebaliknya, Anwar menjelaskan pembinaan KXP memerlukan kajian teliti sebelum boleh dilaksanakan kerana membabitkan beberapa aspek penting

9:50 AM MYT

 

SIK – Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, isu Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang ditolak kelulusan pembinaannya oleh kerajaan Persekutuan, menjadi permulaan kepada tabiat cakap lepasnya.

Menteri Besar Kedah itu mendakwa, jawapan mengguris hati terhadap cadangan membangunkan projek berkenaan, menyebabkan beliau mula meninggikan suara kepada kerajaan.

“Saya dok ingat-ingat bila saya mula cakap lepas ni, saya tak cakap macam ni dulu, tak pernah kata kat sapa, dua tahun setengah sebelum November 2022, saya tak pernah marah kat sapa-sapa, bertelingkah ka, berseteru atau berkrisis.

“Sehinggalah usaha kita untuk membangunkan KXP diberi jawapan yang sangat menguris hati pegawai, petugas, pekerja, ahli lembaga pengarah syarikat Menteri Besar dan Exco,” katanya ketika berucap pada ceramah kelompok di Charok Kubong di sini, malam tadi.

Tambah Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu, kerajaan Kedah juga tidak pernah melantik syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary bagi membina KXP.

“Kemudian beri (satu) alasan lagi kata Syed Mokhtar telefon dia, kata tak jadi buat pasal mahai (mahal), RM7 bilion tak mampu.

“Memang ada perundingan dengan syarikat Yayasan Albukhary untuk terbabit dalam pembinaan KXP, tapi pelantikan belum berlaku, jadi macam mana (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) (boleh) jadi jurucakap Albukhary, tiba-tiba saja.

“Itulah detik saya mula meninggikan suara kepada Perdana Menteri dan kerajaan Persekutuan, sebelum itu takda, saya mana ada cakap kasar dengan orang, cakap lembut, lebih lembut daripada baulu,” katanya.

Sebelum ini, isu kelulusan projek mega KXP yang dianggar bernilai RM8 bilion mencetuskan kontroversi apabila pembinaanya tidak dibenarkan oleh kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pembinaan KXP memerlukan kajian teliti sebelum boleh dilaksanakan kerana membabitkan beberapa aspek penting, terutamanya keselamatan negara selain perlu melalui prosedur dan peraturan tertentu. – 11 Ogos, 2023.

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related