Tak terfikir nak jadi wakil rakyat, saya takut nak jawab nanti

Wak Doyok masih belum berupaya memikul tanggungjawab besar untuk menjaga rakyat

3:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Walaupun amat dikenali dan berpengaruh di Klang kerana sering turun padang bertemu masyarakat dan melakukan kerja amal, Wak Doyok belum terbuka hati untuk menyertai dunia politik.

Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 43, berkata, dia masih belum berupaya memikul tanggungjawab besar untuk menjaga rakyat.

“Memang saya tak mahu dan menolak andai ada yang tawarkan supaya saya jadi wakil rakyat. Tak pernah terlintas dalam hati saya untuk jadi wakil rakyat kerana saya tak mampu menanggung satu beban yang berat di kepala saya. 

“Sedangkan Abu Bakar As Sidiq pun menolak untuk menjadi wakil rakyat kepada rakyatnya sendiri. Inikan kita insan kerdil ini. Takut sekiranya saya tak mampu laksanakan tanggungjawab.

“Takut nak jawab di sana (akhirat) nanti. Jika untuk tolong-tolong YB (Yang Berhormat) saya tak kisah,” katanya kepada Scoop.

Menurut ikon fesyen itu lagi, dia lebih selesa berbakti kepada masyarakat menerusi Persatuan Bakti Kasih Malaysia yang ditubuhkannya sejak lebih enam tahun lalu.

“Kami membantu bukan sahaja masyarakat di sekitar Klang tetapi juga di seluruh semenanjung. Bagi saya membantu orang dalam kesusahan adalah wajib. 

“Apa yang saya ada hari ini pun adalah rezeki daripada Allah SWT. Saya akan pulangkan kepada masyarakat yang benar-benar memerlukan. Saya rasa ini adalah tanggungjawab saya,” katanya.

Mengenai harapannya untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, Wak Doyok berharap agar peratusan pengundi muda dan Melayu keluar mengundi meningkat.

“Kepada anak muda di luar sana, inilah masa untuk memilih calon yang baik mewakili kita di kawasan kita supaya kita lebih maju ke hadapan demi generasi yang akan datang.

“Pilihlah wakil rakyat yang bagus dan berintegriti,” katanya. – 10 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

[UPDATED] ASB 2 dividend hits 5.25 sen, ASM at 4.75 sen per unit

Amanah Saham Bumiputera 2 dividend stands at 5.25 sen per unit, while Amanah Saham Malaysia is at 4.75 sen per unit for the financial year ending March 31, 2024.

Related