Tolonglah jangan pilih Rina, nanti menyesal lima tahun: Hamidah

Wanita berkenaan yang mendakwa pernah bekerja dengan Rina Harun turut menceritakan mengenai kenapa dia tidak membenarkan pengundi memilih Rina

2:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Kalau kau pilih Rina Harun (Datuk Seri), kau akan menyesal selama lima tahun, nak ke. Macam orang Titiwangsa, tak dapat dana, tak dapat jumpa dia?’’ demikian soal seorang wanita yang mengaku sebagai bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada Rina.

Beliau yang dikenali sebagai Hamidah, berkata demikian dalam beberapa video yang dimuatnaik dalam Facebook Midah Midah London, yang kini tular di media sosial.

Wanita berkenaan yang mendakwa pernah bekerja dengan Rina turut menceritakan mengenai kenapa dia tidak membenarkan pengundi memilih Rina, yang dicalonkan oleh Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding di DUN Batu Tiga, Shah Alam.

“Masya-Allah kenapa Rina Harun dipilih PN untuk bertanding di Batu Tiga. Tak de orang lain ke. Kan dicampak dari Sepang, kesian masyarakat Shah Alam. Tolonglah jangan pilih Rina Harun.

“Saya kena menipukan untuk dia, tak ke malu kita. Sebab tu saya hanya kerja beberapa bulan, tak cukup setahun sebab malu, sebagai wanita dapat amanat tapi diabaikan.

“Sejujurnya saya berharap tolonglah pilih wanita yang berkewibawaan, yang mampu membawa tuan-tuan ke mercu kejayaan. Kalau menang je esok, tak ke mana-mana orang Shah Alam ini,’’ katanya dalam video pendek yang dirakamkan itu.

Sebanyak tiga video dimuat naik dalam Facebook berkenaan dan ia berdurasi kurang dua minit.

Setakat berita ini ditulis, Rina masih belum memberikan maklum balas terhadap tuduhan wanita berkenaan.

Rina yang juga bekas Ahli Parlimen Titiwangsa akan bertanding di Batu Tiga menentang calon Pakatan Harapan (PH) Danial Al Rasyid yang juga Ketua Pemuda Amanah Selangor. – 10 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related