Sebar fitnah semasa kempen, LLSB fail saman terhadap Chegubard

Chegubard juga gagal mematuhi dan menjawab surat tuntutan (LOD) yang dikeluarkan syarikat itu kepadanya pada 2 Ogos lalu

1:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) memfailkan writ saman terhadap Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, kelmarin kerana menyebarkan fitnah berkenaan syarikat itu semasa berkempen untuk meraih keuntungan politik.

Jurucakap LLSB memaklumkan, Badrul Hisham juga gagal mematuhi dan menjawab surat tuntutan (LOD) yang dikeluarkan syarikat itu terhadapnya pada 2 Ogos lalu.

“Dalam surat tuntutan itu, LLSB meminta Badrul Hisham menyatakan permohonan maaf secara terbuka, menarik balik kenyataan berunsur fitnah, dan berhenti serta-merta menyebarkan maklumat palsu yang merosakkan imej serta reputasi LLSB dan pemegang taruh.

“Namun, Badrul Hisham bukan sahaja tidak menjawab surat tuntutan itu, tetapi secara terang-terangan mengadakan sidang media untuk memperhebatkan kempen fitnahnya terhadap LLSB,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut LLSB lagi, dakwaan Badrul Hisham bahawa syarikat itu menjalankan operasinya dengan cara tidak wajar hanya berdasarkan kepada maklumat palsu serta diputarbelitkan, yang diperoleh daripada draf dokumen tanpa merit.

“Fitnah serta maklumat palsu lagi mengelirukan yang disebarkannya sejak itu dipetik, dikongsi dan disebarkan pelbagai pihak tidak bertanggungjawab dengan niat untuk merosakkan lagi reputasi dan imej LLSB dan Gerbang Maritim Selangor (SMG).

“Adalah sungguh memalukan entiti tidak bertanggungjawab dan individu tertentu yang tidak pernah menunjukkan minat untuk membersihkan dan menghidupkan semula Sungai Klang selama ini,  memilih untuk mengeksploitasi inisiatif projek SMG demi untuk meraih sedikit keuntungan politik,” katanya.

Jelasnya, umum melihat tohmahan itu sebagai strategi terancang untuk mengalihkan perhatian masyarakat daripada isu yang lebih mendesak pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Malah, LLSB berkata, tindakan itu secara tidak langsung memberikan imej buruk terhadap semua usaha syarikat tersebut untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat khususnya di Selangor.

“LLSB sentiasa berpegang teguh kepada amalan tadbir urus serta tatakelola yang baik serta memberikan dedikasi yang tidak berbelah bahagi demi kepentingan terbaik untuk rakyat dan negeri Selangor.

“LLSB menjemput semua pihak untuk menilai usaha yang dijalankan selama ini melalui transformasi di Sungai Klang, terutamanya dari segi peningkatan kualiti air dan kebersihan sungai, pemuliharaan dan pemeliharaan biodiversiti serta pembangunan ekonomi komuniti,” katanya.

Pada masa sama, LLSB turut mengulangi pendirian untuk melindungi reputasi dan integritinya serta tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengedarkan maklumat palsu tentang syarikat tersebut.

“LLSB juga telah mengambil tindakan untuk memastikan bahawa tuntutan sama dibuat terhadap individu tertentu yang diketahui membuat atau menyebarkan kandungan fitnah terhadap syarikat dengan niat untuk mencemarkan lagi reputasi LLSB dan SMG,” katanya. – 10 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related