PRN: KJ hadir sokong kempen calon PN Jeram, ‘saya tolong Harisson sebab…’

Kelibat KJ itu tular di media sosial dan menarik perhatian ramai

10:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kelibat bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turun padang menyokong calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram, Datuk Harisson Hassan seperti video tular di media sosial, menarik perhatian ramai.

Menerusi video berdurasi 3 minit 8 saat di Tik Tok itu, kelihatan Khairy atau lebih mesra disapa KJ sedang berucap di hadapan sekumpulan individu dengan memberitahu mengapa beliau menyokong calon terbabit.

“Harisson boleh jadi wakil rakyat yang bagus, walau dia kawan tapi kalau saya rasa dia tak sesuai jadi wakil rakyat, saya tak akan keluar untuk menyokong sebab benda ini akan viral malam ini, oh KJ dah turun.

“Eh tolong PN ke, saya tolong Datuk Harisson sebab saya yakin Datuk Harisson boleh jadi Adun untuk Jeram yang terbaik,” katanya sebelum menerima tepukan daripada kumpulan berkenaan.

Khairy berkata, beliau yakin dengan kemampuan Harisson untuk menjadi wakil rakyat yang baik kerana sudah mengenalinya lebih 20 tahun dan mereka bersama-sama menyertai Umno, malah sejak awak perkenalan sudah menjangkakan pemimpin itu akan ‘pergi’ jauh dalam bidang politik.

“Selain daripada itu, soal nasional, soal negeri dan sebagainya tak perlu saya cakap di sini, boleh dengar Podcast saya, tetapi yang penting kita nak cari calon yang terbaik.

“Saya dengan Datuk Harisson sama, mana-mana kita pergi kempen pun kita tak suka cakap mengenai calon lain, calon daripada parti lain tu, tuan puan nilai sahajalah, tidak perlu kita cakap, kita cakap soal calon kita…,” katanya.

Harisson diumum bersaing dengan calon Pakatan Harapan (PH) daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Jahaya Ibrahim yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor di DUN Jeram.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kerusi DUN itu dimenangi calon Bersatu, Mohd Shaid Rosli yang bertanding atas tiket PKR dengan 7,087 undi, menewaskan calon BN, Zahar Azlan Arifin yang memperoleh 5,896 dan calon PAS, Mohd Nor Mohd Shahar (4,326).

Terdahulu, Harisson yang juga bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Buloh, dilucut keahliannya secara automatik selepas mengumumkan bertanding mewakili PN di DUN Jeram. – 8 Ogos 2023

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related