Hadi bagi tiga bulan kat saya, sekarang dah sembilan bulan, sindir Anwar

Presiden PKR itu berkata, beliau percaya akan ada perubahan pada PRN kerana rakyat tahu PN hanya menggunakan ‘bersih’ untuk mendapat sokongan mereka

3:14 PM MYT

 

NIBONG TEBAL – Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan memilih parti benar-benar bersih dan bukan sekadar menggunakan ‘tagline’ seperti itu bagi meraih undi, sedangkan terpalit dengan rasuah.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga melihat ada peningkatan dalam sokongan dan sambutan rakyat kepada PH dan Barisan Nasional (BN), berbanding pada 2022.

“Jadi sebab dulu dia (pengundi) dengar yang semua negatif, Anwar akan tarik balik hak orang Islam, bagi pakai skirt, ini fitnah jadi budaya, jadi orang percaya, (namun) sebahagiannya dah tengok, tak jadi, pelajar-pelajar tak pakai skirt pun sekarang.

“Jadi saya ingat itu merubah sikit, saya dengar ada orang yang dulunya dia sama baik dengan kita, tapi dia percaya tohmahan bahawa kita akan jadi alat DAP untuk menentang Islam, sekarang terbukti tidak,” katanya kepada media selepas Majlis Ramah Mesra bersama masyarakat Sungai Bakap di sini, hari ini yang turut dihadiri Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek.

Beliau mengulas pandangan penganalisis politik yang meramalkan keputusan PRN kali ini bahawa setiap negeri akan mengekalkan status quo masing-masing.

Presiden PKR itu berkata, beliau percaya akan ada perubahan pada PRN kerana rakyat tahu PN hanya menggunakan ‘bersih’ untuk mendapat sokongan mereka.

“Jadi saya percaya insya-Allah ini akan berubah dan yang dia (PN) kata bersih itu tiada, sebab kita tahu hari ini kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menantu calon PM pun dah lari, mana boleh kalau ada bukti, siasat, dakwa, kalau rasa tak bersalah dia pertahan la.

“Jadi lari bukan contoh yang baik, kamu kena jaga hal ini, jumlah dikait rasuah itu banyak, jadi soal bersih itu sekarang tak boleh PN, PAS atau Bersatu guna, kerana mereka terlalu terpalit dengan rasuah besar,” katanya.

Ditanya dakwaan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa kerajaan persekutuan akan bertukar sekiranya PN menang besar dalam PRN di enam negeri, Anwar berkata, pemimpin itu sebelum ini juga mendakwa pentadbiran Kerajaan Perpaduan mampu bertahan hanya tiga bulan.

“Hadi bagi tiga bulan kat saya, sekarang (Kerajaan Perpaduan) dah sembilan bulan,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata, pihak negara luar kini melihat potensi Malaysia sebagai hab pelaburan selepas ditadbir Kerajaan Perpaduan.

“Pelaburan tertumpu ke Malaysia semula. Jumaat ini, Menteri Luar China (Wang Yi) mahu mengadakan pertemuan tetapi saya kata saya sibuk. Beliau mahu berjumpa dengan saya di Putrajaya, tetapi saya ajak beliau datang ke Pulau Pinang. China antara negara terkuat di dunia sanggup untuk berjumpa saya biarpun terdapat kekangan jadual yang padat,” katanya. – 8 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related