Undi awal: Pegawai, anggota polis diminta laksana proses demokrasi

Mengundi adalah hak yang diamanahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk ditunaikan

4:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pegawai dan anggota polis yang terlibat dengan pengundian awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) esok, diminta melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata mengundi adalah hak yang diamanahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk ditunaikan.

“Ini merupakan satu manifestasi kepada rakyat bahawa PDRM mendokong proses demokrasi dalam mengundi. Oleh itu, sila laksanakan akauntabiliti mengundi semua warga PDRM yang terlibat,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Ketua Polis Negara (KPN) sempena PRN di Bukit Aman di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan anggota dan pegawai polis yang terlibat dengan penugasan dalam tempoh kempen dan hari mengundi pada Sabtu ini agar melaksanakan amanah itu dengan penuh dedikasi dan berhemah.

“Warga PDRM diminta mengekalkan tahap profesional yang tinggi dan kawal emosi ketika berhadapan dengan sebarang bentuk provokasi,” katanya.

Menurut laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pengundian awal akan melibatkan 49,660 anggota Angkatan Tentera Malaysia dan 47,728 anggota polis bersama pasangan masing-masing di enam negeri yang terlibat PRN.

Bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu pula seramai 1,362 anggota polis dan 35 anggota tentera bersama pasangan akan terlibat dengan proses pengundian awal.

SPR menetapkan tarikh pengundian awal bagi PRN di enam negeri serta PRK Kuala Terengganu pada 8 Ogos, manakala hari pengundian pada 12 Ogos ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari hingga 11.59 malam pada 11 Ogos. – 7 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

A modern mufti: Anwar Ibrahim’s vision of Islamic leadership – Tuan Muda 

The prime minister needs the right candidate to journey with him on his reform agenda 

Related