Hasil perbincangan Dasar Gaji Progresif rakyat akan dibawa ke Jemaah Menteri

MTEN berpandangan dasar itu adalah reformasi pasaran pekerja untuk memastikan mereka tidak dibebankan ekonomi, selain menerima gaji bermaruah

4:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Tindakan Ekonomi Negara akan membawa hasil perbincangan berhubung cadangan Dasar Gaji Progresif ke Jemaah Menteri, bagi memperhalusi mekanisme pelaksanaannya secara berperingkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia juga bagi meneroka keperluan untuk menentukan peruntukan dana sebagai insentif dasar itu yang akan ditentukan berdasarkan kedudukan kewangan kerajaan dan keperluannya.

Katanya, cadangan membangunkan dasar itu sudah dibincangkan pada mesyuarat MTEN baru-baru ini, sebagai satu anjakan ke arah memulihkan pasaran pekerja supaya gaji mereka dapat ditingkatkan dengan lebih konsisten dan pengagihannya lebih seimbang.

“Dasar gaji progresif ini adalah bersifat sukarela (voluntary), berteraskan insentif (incentive-based) dan terkait dengan produktiviti (productivity-linked).

“Model dasar ini diusulkan selepas MTEN mengambil kira pandangan dan kepentingan pihak majikan serta pekerja,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dasar itu juga yang menjadi pelengkap kepada Dasar Gaji Minimum, akan disusuli dengan garis panduan gaji progresif tahunan bagi setiap sektor, pekerjaan dan peringkat.

“Sesi libat urus dan tinjauan awal menunjukkan sebanyak 62 peratus pekerja dan 80 peratus syarikat menyambut baik cadangan Dasar Gaji Progresif dengan ciri-ciri dinyatakan. MTEN berharap dasar ini akan menerima sambutan dan penyertaan sebanyak mungkin syarikat serta pekerja.

“Langkah selanjutnya adalah sesi perbincangan dan libat urus dengan pihak berkepentingan, terutamanya pemain industri, perniagaan dan pekerja,” katanya.

Anwar berkata, berikutan peratusan pendapatan pekerja Malaysia (wage share ratio) menurun daripada 37.2 peratus pada 2020 kepada 32.4 peratus (2022), kerajaan menetapkan sasaran nisbah terbabit agar meningkat kepada 45 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan.

Menurutnya, isu gaji adalah perkara pokok yang tidak boleh diabaikan lagi, malah berdasarkan Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Pertama 2023 yang dibentangkan minggu lalu, lebih dua juta pekerja Malaysia masih berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan.

Situasi itu, katanya, lebih membimbangkan kepada golongan muda antara umur 20 tahun hingga 24 tahun yang menyaksikan, gaji penengah mereka hanya RM1,682 sebulan.

“Bagi kebanyakan pekerja Malaysia, gaji hanya akan meningkat kepada RM3,500 pada paras tertinggi sekitar umur 40-49 tahun sepanjang kerjaya mereka.

“MTEN berpandangan bahawa Dasar Gaji Progresif adalah satu daripada reformasi pasaran pekerja di Malaysia untuk memastikan mereka tidak dibebankan dengan kos sara hidup, selain dapat menikmati pekerjaan dengan gaji bermaruah, demi kesejahteraan rakyat dan mencapai agenda mengangkat ekonomi negara,” katanya. – 7 Ogos 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same tahun GLICs invested RM47 mil

Related