Pengundi Bayan Lepas puji Azrul, Dominic muka baru kena kerja keras

Kebanyakan pengundi jarang turun melihat ceramah, lebih kepada menonton secara langsung di media sosial jadi Dominic perlu bekerja keras untuk memperkenalkan dirinya kepada pengundi

3:55 PM MYT

 

BAYAN LEPAS – Isu yang menyelubungi pemilihan Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau sebagai Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas, termasuk insiden ‘dihalau’ PAS, dilihat mampu menjejaskan peluang untuk gabungan itu merampas kerusi kawasan tersebut.

Azrul Mahathir Aziz mengunjungi rumah salah seorang penduduk di Bayan Lepas. – Gambar dari Facebook Azrul Mahathir Aziz, 7 Ogos, 2023

Bagi penduduk di sini, Presiden Gerakan itu yang hadir sebagai muka baharu di kawasan DUN itu mempunyai tugas berat bagi menyakinkan pengundi memilih beliau sebagai wakil rakyat.

Malah tugas yang baik dilaksanakan penyandang kerusi dari Pakatan Harapan (PH), Azrul Mahathir Aziz menambah kesukaran bagi kawasan majoriti Melayu.

Anuar Samsudin berkata kebanyakan penduduk berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh wakil rakyat sebelum ini, iaitu Azrul Mahathir Aziz. – Gambar Scoop, 7 Ogos, 2023

Penduduk Pekan Bayan Lepas, Anuar Samsudin, 57, berkata kelebihan mungkin lebih berpihak kepada parti meletakkan calon Melayu.

“Sebagai kawasan majoriti Melayu, pastinya kalau boleh kami mahu wakil rakyat Melayu, lebih baik lagi kalau anak tempatan.

“Jadi melihat keputusan PN meletakkan Dominic yang kita tahu dia calon luar, dulu dia bertanding kawasan Tanjung Bungah, mungkin peluang dia agak sukar di sini. 

“Lagi pun penyandang kerusi, Azrul juga melakukan tugas yang baik sebagai wakil rakyat di sini, jadi rakyat kena pilih mana yang terbaik la, yang boleh membawa suara penduduk serta menyelesaikan masalah di sini,” katanya kepada Scoop hari ini.

Muhamad Shariff Hamid berkata kebanyakan pengundi jarang turun melihat ceramah, lebih kepada menonton secara langsung di media sosial. – Gambar Scoop, 7 Ogos, 2023

Kakitangan kerajaan, Muhamad Shariff Hamid, 48, pula berkata Dominic perlu bekerja lebih keras untuk memperkenalkan dirinya di kawasan ini.

“Mungkin ada yang tahu dia siapa dan mungkin ada juga penduduk yang tidak kenal dia berbanding calon penyandang. Mungkin dia boleh beri saingan kepada Azrul kerana sukar untuk jangka dalam keadaan sekarang.

“Kebanyakan pengundi jarang turun melihat ceramah, banyak lebih kepada secara langsung di media sosial, jadi maklumat yang diterima itu pelbagai sumber dan ini juga boleh mempengaruhi keputusan pengundi,” katanya.

Suhani Shuid berkata Azrul Mahathir Aziz menjalankan tugas yang baik juga di Bayan Lepas manakala Dominic Lau adalah orang baharu walaupun Gerakan sudah lama bertapak di Pulau Pinang. – Gambar Scoop, 7 Ogos, 2023

Bagi pengusaha bengkel motosikal, Suhanif Shuid, 46, pengundi kawasan ini mahukan wakil rakyat yang komited menjalankan tanggungjawab, bukan hanya semata mahukan undi dan selepas menang menghilangkan diri.

“Antara Azrul dan Dominic mungkin ada saingan, komposisi kaum di sini majoriti Melayu tetapi di kawasan pekan ramai kaum Cina, jadi sukar untuk ramal undi berpihak kepada siapa.

“Azrul menjalankan tugas yang baik juga di sini manakala Dominic orang baharu walaupun Gerakan sudah lama bertapak di Pulau Pinang, tapi mungkin ada yang tidak mengenali secara peribadi Dominic, itu cabaran dia untuk raih undi di sini.

“Pada masa sama pengundi macam mana pun mahu wakil rakyat yang boleh berkhidmat untuk rakyat, selesaikan isu berbangkit seperti masalah kesesakan di kawasan ini, kita tak mau dah menang kemudian ‘lesap’, sebulan dua baru nampak muka wakil rakyat,” katanya.

Kerjasama gabungan PN terutama PAS dan Gerakan dipersoalkan selepas kejadian Dominic ‘dihalau’ ketika Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN), Best di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Difahamkan, insiden berkenaan tercetus, berikutan sentimen dalam kalangan ahli dan penyokong di peringkat tempatan susulan pencalonan bagi DUN Bayan Lepas adalah kerusi majoriti Melayu.

Berhubung kejadian itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dilaporkan sudah membuat permohonan maaf susulan insiden itu walau pun Dominic dikatakan menolak dakwaan terbabit. – 6 Ogos, 2023.

Topics

 

Hangat

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related