Manifesto Negeri Sembilan: Tiada tawaran bulan, bintang tapi realistik

Tiada rakyat tercicir daripada pembangunan di negeri ini, ini satu manifesto realistik

9:22 PM MYT

 

SEREMBAN – Tiada tawaran ‘bulan dan bintang’ dalam manifesto gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menerusi ‘Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan’ yang teras utamanya adalah bagi menjamin kesejahteraan rakyat di negeri itu.

Pemimpin dan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) gabungan PH-BN di negeri itu berpandangan manifesto bersejarah tersebut disifatkan menyeluruh dan memenuhi kepentingan setiap lapisan rakyat daripada umur bayi sehingga warga emas. 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata manifesto PH-BN itu adalah hasil perbincangan terperinci semua kepimpinan BN dan PH dalam menyediakan tawaran terbaik untuk rakyat di negeri itu.

“Ini merangkumi semua aspek pembangunan, ekonomi, pendidikan serta agama dan pelbagai lagi…para belia juga akan mendapat manfaat dalam soal perumahan serta peluang perkerjaan,” katanya.

Pengarah Pilihan Raya PH-PKR Datuk Dr Ahmad Azam Hamzah pula berkata tiada rakyat di Negeri Sembilan akan tercicir daripada menerima manfaat manifesto yang dilancarkan oleh Pengerusi PH negeri Datuk Seri Aminuddin Harun.

“Tiada rakyat tercicir daripada pembangunan di negeri ini, ini satu manifesto realistik. Perincian manifesto ini dikaji secara holistik bersama BN, kita tidak mahu ia menjadi retorik,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan di sini hari ini.

Calon PH-DAP Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang Nicole Tan pula berkata kepimpinan PH dan BN terus memperkasakan dan memartabatkan peranan wanita dalam Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menerusi manifesto itu.

Katanya antara yang menarik dalam manifesto itu ialah teras khas untuk Felda bagi memartabatkan kesejahteran warga Felda di negeri itu serta penambahbaikan inisiatif sedia ada.

“Sudah tentu mencuri tumpuan ialah tentang inisiatif belia, wanita dan keusahawanan kerana saya antara pemberi cadangan tersebut terutamanya pembentukan satu majlis wanita di setiap DUN, ia penting dalam mempergiatkan lagi penglibatan wanita dalam pengurusan MPKK,” katanya.  

PH dan BN hari ini menawarkan Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan, berteraskan lima tekad dengan 10 teras utama menggariskan 70 inisiatif mencakupi keperluan dan kebajikan masyarakat berbilang kaum di negeri itu, sekali gus menjana peluang dalam memacu pembangunan negeri dan menyejahterakan rakyat.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di Kedah, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, dan Pulau Pinang serta Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak, dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos. – 6 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related