Keahlian Abdul Ramli dalam Bersatu terlucut serta-merta

Ia kerana kesalahan melanggar Fasal 10.2.4 Perlembagaan parti dengan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi DUN Kota Siputeh

5:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keahlian bekas Ketua Bahagian Bersatu, Jerlun, Kedah iaitu Abdul Ramli, terlucut serta-merta kerana kesalahan melanggar Fasal 10.2.4 Perlembagaan parti dengan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi DUN Kota Siputeh.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, parti berkenaan memandang serius perlanggaran disiplin dan akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mensabotaj calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

“Bersatu sebelum ini juga telah memecat seorang ahli parti dari Bahagian Hulu Selangor dan menggantung keahlian dua yang lain, selama tiga tahun, disebabkan kesalahan sabotaj ketika kempen pilihan raya berlangsung.

‘Sehubungan itu, berbaki lima hari tempoh berkempen, seluruh ahli serta jentera Bersatu adalah diseru supaya memberikan tumpuan serta fokus sepenuhnya dalam memastikan kemenangan kepada kesemua calon PN sama ada yang bertanding di bawah lambang PN atau PAS bagi menterjemahkan penolakan rakyat terhadap kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN),’’ katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Abdul Ramli sebelum ini membuat kejutan dengan bertanding sebagai calon bebas dengan menyerahkan borang pencalonan di kerusi DUN Kota Siputeh.

DUN berkenaan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandang kerusi berkenaan, Dr Salmee Said dari Pakatan Harapan (PH), Ramli dan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir. – 6 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related