KPM akan berusaha pastikan sekolah khas golongan miskin dibuka tahun depan

Memberikan pendidikan yang baik kepada anak-anak miskin di negara ini sememangnya sentiasa dalam perancangan kementeriannya

1:58 PM MYT

 

ALOR SETAR – Kementerian Pendidikan (KPM) akan berusaha sedaya upaya memastikan sekolah khas untuk pelajar daripada golongan miskin dapat dibuka dan beroperasi pada tahun depan.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata kemudahan memberikan pendidikan yang baik kepada anak-anak miskin di negara ini sememangnya sentiasa dalam perancangan kementeriannya. 

“Kita akan maklumkan sedikit masa lagi, untuk kita pastikan sekolah (khas) ini telah benar-benar siap untuk ia beroperasi khusus untuk anak-anak miskin kita, insya-Allah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan berhasrat memperkenalkan sekolah khas untuk anak golongan paling miskin di negara ini supaya mereka tidak tertinggal dalam arus pendidikan.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata operasi sekolah khas itu antara lain akan mempunyai hala tuju serta mekanisme yang jelas dalam usaha memastikan pelaksanaan ia benar-benar berjaya bagi meningkatkan taraf pendidikan anak-anak golongan miskin.

Sementara itu, beliau berkata setakat ini terdapat 17 SDH yang sedang beroperasi di 11 negeri termasuk di HSB, Kedah serta Hospital Tuanku Fauziah (Perlis) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Program SDH kini antara yang sedang diberikan penekanan oleh KPM.

“…kita akan kembangkan lagi (Program SDH), sebab itu saya sudah maklumkan kepada Datuk (Ketua) Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia dan perbincangan saya dengan Menteri Kesihatan, untuk kita terus teroka hospital-hospital lain, sebab isunya ialah ruang, kita pun tak nak ganggu perjalanan hospital.

“Ruang (Program SDH) ini sangat penting khususnya apabila kita bercakap tentang akses pendidikan kepada anak-anak kita, dan tidak terkecuali di hospital,” katanya yang turut memberitahu pembelajaran melalui Program SDH itu fleksibel dalam persekitaran kondusif.

Fadhlina berkata guru-guru dari KPM yang bertugas untuk sesi pembelajaran bagi program SDH itu adalah terlatih dalam hal mengendalikan pelajar yang sedang menjalani rawatan di hospital. – 6 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related