Dakwaan Takiyuddin, sekadar kenyataan politik: Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin rakyat akan memilih politik yang stabil dan menolak pandangan ekstrem

4:17 PM MYT

 

BUKIT MERTAJAM – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa gelombang Perikatan Nasional (PN) dilihat lebih kuat berbanding sokongan terhadap Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini hanyalah kenyataan politik semata-mata.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yakin sokongan rakyat terhadap PH amat positif berdasarkan sambutan yang ditunjukkan oleh rakyat setiap kali beliau turun padang.

“Tak mengapalah, itu kenyataan politik (Takiyuddin), saya di Kedah semalam, sambutan luar biasa baik. Kita tak boleh nafikan.

“Saya yakin akhirnya rakyat akan memilih politik yang stabil dan menolak pandangan ekstrem, di samping memilih politik yang dapat memacu pertumbuhan ekonomi,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-16 di sini hari ini. 

Anwar yang juga Presiden PKR berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Takiyuddin baru-baru ini yang mendakwa gelombang PN di enam negeri memberi isyarat jelas Kerajaan Perpaduan akan turun takhta pemerintahan nanti. – 5 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related