Anwar tekad hentikan amalan rasuah yang membobrok tadbir urus kerajaan

Amalan rasuah kekal sebelum ini kerana tiada sesiapa berani sentuh pemimpin yang berjawatan tinggi

3:41 PM MYT

 

KEPALA BATAS – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad untuk menghentikan amalan rasuah dan penyelewengan, yang menurutnya bagaikan sudah jadi sistemik sehingga membobrok tadbir urus kerajaan.

Beliau berkata Malaysia ini kaya dengan hasil minyak dan gas, kelapa sawit serta hasil bumi, tetapi amalan itu (rasuah) macam sudah jadi sistemik ketika pentadbiran kerajaan lama.

Katanya pentadbiran kerajaan sebelum ini banyak melibatkan permintaan ‘komisen’. 

“Saya kalau dimaki sebanyak mana pun saya tidak peduli, saya nak hentikan amalan-amalan itu… kalau saya izinkan (rasuah) sampai bila negara kita ini nak maju,” katanya dalam ucapan perasmian Himpunan Usahawan Bumiputera bertema Usahawan MADANI, Membangun Ekonomi, di sini hari ini.

Beliau berkata amalan itu kekal sebelum ini kerana tiada sesiapa berani sentuh pemimpin yang berjawatan tinggi.

Anwar turut menegaskan bahawa kerajaan bertekad untuk menoktahkan kemiskinan tegar dalam negara, meliputi semua lapisan masyarakat pada tahun ini.

Beliau berkata rekod sekarang negara masih mempunyai kira-kira 136,000 keluarga dalam golongan miskin tegar.

“Saudara rasa saya boleh senang-lenang menjadi PM pada ketika rakyat ada yang nak beli susu pun tiada wang, beli uniform sekolah pun tidak boleh… kita (ahli politik) gaduh soal yang lain dan rebut bidang kuasa.

“Hal-hal asas tidak boleh selesaikan, jadi saya kata.. katalah apa pun, maki lah banyak mana berbakul pun…saya tidak akan bertolak ansur nak noktah kemiskinan (tegar) tahun ini juga,” katanya.

Anwar turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan Pulau Pinang kerana negeri ini merupakan satu-satu negeri yang mempunyai rekod jumlah kemiskinan tegar yang paling rendah di seluruh negara.

Terdahulu kira-kira 1,000 usahawan bumiputera dan 40 agensi kerajaan persekutuan, serta negeri telah menyertai Majlis Himpunan Usahawan Bumiputera yang diadakan di Bertam Resort. – 5 Ogos, 2023

Topics

Hangat

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Zhijie’s tragic death underscores crucial BAM-IJN partnership for athlete health

Incident a 'wake-up call' for importance of comprehensive health checks among athletes, medical assessments should be mandatory across all national sports associations, says BAM president

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Related