Saya anti-Kedah?: soal Anwar selepas bawa pelaburan RM25 bilion

Untuk Kedah saya bawa Infenion yang setuju tambah pelaburan RM25 bilion, terbesar luar daripada Jerman. Di mana? Kulim. Negeri mana? Kedah

7:48 AM MYT

 

BALING – Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan beliau bersikap anti-Kedah apabila enggan bertemu Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk membincangkan isu berkaitan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).

Katanya, sebagai Perdana Menteri, beliau bersikap adil kepada semua negeri termasuk membawa lebih banyak pelaburan ke seluruh negara.

“Saya anti-Kedah? Saya bawa pelaburan RM25 bilion ke Kedah. Mereka beritahu Anwar benci Kedah, dia beri semua kepada Pulau Pinang. Saya juga beri kepada Johor, pada semua negeri, saya Perdana Menteri Malaysia.

“Untuk Kedah saya bawa Infenion yang setuju tambah pelaburan RM25 bilion, terbesar luar daripada Jerman. Di mana? Kulim. Negeri mana? Kedah.

“Sebab itu Kedah kena kalih bagi sama sebab kita boleh buat kerja. Jadi nak kata saya anti-Kedah perhati sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di pentas ceramah Jelajah Perpaduan Madani Kedah di Padang Awam Kupang dekat sini malam tadi.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Kelmarin, syarikat penyedia penyelesaian semikonduktor Jerman, Infineon Technologies AG mengumumkan sedia meningkatkan pelaburan RM25 bilion bagi kemudahannya di di Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim Hi-Tech). 

Anwar turut menegaskan bahawa sebarang perbincangan antara kerajaan negeri dan Persekutuan sewajarnya dilakukan secara baik.

“Ini mereka maki hari-hari, selepas itu cakap sudah tulis surat tiga kali kepada Anwar tetapi tak dijawab. Tak lapar saya nak jawab (surat).. kena cakap elok-elok.

“Ini belum buat apa-apa sudah umum, bila tak lulus (KXP), marah pada Anthony (Menteri Pengangkutan), marah pada saya, perkara ini ada cara dia,” katanya.

Kerajaan negeri sebelum ini berharap Kerajaan Persekutuan dapat memberikan kelulusan kepada projek KXP bagi membolehkan pembangunannya diteruskan. -5 Ogos, 2023.

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related