PN Selangor umum 112 tawaran manifesto, air percuma antara yang ditawarkan

PN juga menawarkan insiatif bantuan prihatin keluarga Selangor dengan peruntukan sebanyak RM312 juta setahun yang dijangka dapat membantu 65,000 keluarga

10:16 PM MYT

 

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) menawarkan pemberian air percuma bagi sesetengah kategori penduduk dengan menawarkan inisiatif 20 meter padu air percuma kepada pemegang akaun yang berpendapatan isi rumah RM15,000 dan ke bawah.

Selain itu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PN juga menawarkan insiatif bantuan prihatin keluarga Selangor dengan peruntukan sebanyak RM312 juta setahun yang dijangka dapat membantu 65,000 keluarga menerusi pemberian sebanyak RM400, sebulan bagi pembelian barangan asas.

“Bagi memperkasa ekosistem pentadbiran Kerajaan Selangor yang prihatin, bersih dan stabil, sebuah jawatankuasa khas yang dianggotai ahli pakar pelbagai bidang akan dibentuk bagi memantau segala pelaksanaan inisiatif dan program yang terkandung di dalam tawaran PN Selangor.

“Sebaik sahaja PN membentuk kerajaan negeri Selangor, sebuah Majlis Tindakan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor akan diwujudkan supaya tindakan segera boleh diambil oleh kerajaan negeri dengan kerjasama pihak industri untuk merancakkan semula ekonomi negeri ini dan menyegerakan penyelesaian masalah kos sara hidup rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tawaran PN Selangor, di sini, malam ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menunjukkan buku Tawaran Perikatan Nasional Negeri Selangor – Gambar Scoop, 4 Ogos, 2023

Tawaran air percuma sebelum ini telah ditawarkan oleh kerajaan negeri Selangor di mana penduduk di negeri ini boleh memohon skim air percuma 20 meter padu sebulan menerusi Skim Air Darul Ehsan (SADE).

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, PN juga akan membina Selangor sebagai hab tenaga kerja masa hadapan dengan mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan dalam bidang berkemahiran tinggi.

Presiden Bersatu itu menegaskan, pihaknya juga akan mempercepatkan perkembangan industri masa hadapan bernilai tinggi, termasuk tenaga boleh diperbaharui, kenderaan elektrik, aeroangkasa dan ekonomi digital seperti pusat data, AI dan robotik melalui kerjasama pemain industri.

“PN akan mewujudkan Tabung Biasiswa Industri Masa Hadapan Selangor berjumlah RM20 juta untuk anak Selangor daripada keluarga yang memerlukan bagi melanjutkan pengajian dalam bidang industri masa hadapan yang terpilih.

“Bagi memastikan persekitaran pendidikan kondusif, sejumlah RM120 juta akan diperuntukkan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran termasuk aspek pendigitalan pendidikan, di samping pembinaan sekolah agama rakyat integrasi sains dan teknologi baharu. Bantuan yuran KAFA juga akan diberi kepada murid daripada keluarga yang memerlukan dengan peruntukan RM6 juta setahun,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 112 tawaran dikemukakan PN Selangor yang merangkumi tujuh tunjang dan 25 pendekatan pada pada Pilihan Raya Negeri (PRN), kali ini.

Antara tunjang yang menjadi tumpuan adalah semarak masyarakat harmoni, sejahterakan kehidupan rakyat, junjung prinsip tadbir urus dan politik bersih, wanita teras masyarakat dan ekonomi negeri.

Selain itu, ekonomi masa hadapan yang utuh, modal insan gemilang serta alam lestari dan infrastruktur bestari. – 4 Ogos, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related