Isu banjir, masalah pengangkutan awam antara tuntutan penduduk DUN Selat Klang

Masalah banjir kerap kali berlaku dalam tempoh setahun terutamanya di Kampung Delek Klang

1:16 PM MYT

 

KLANG – Masalah banjir yang kerap kali berlaku di Kampung Delek Klang merupakan antara isu utama dibangkitkan pengundi di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang dan perlu diberikan perhatian calon yang bertanding.

Bagi penduduk di Lorong Sarimin Kampung Delek, Halim Ali, 24, rumah yang didiami bersama neneknya yang terletak bersebelahan sungai sering dinaiki air setiap kali musim tengkujuh.

“Dalam setahun, hampir lima, enam kali juga masalah banjir berlaku di sini. Setiap kali banjir hampir separuh penduduk di sini akan dipindahkan ke pusat penempatan sementara terutama warga emas.

“Meskipun ada bantuan banjir tetapi saya harap masalah ini boleh diatasi. Saya harap kerajaan dapat mengorek sungai di belakang rumah kami lebih dalam agar dapat mengurangkan masalah banjir,” katanya kepada Scoop.

Halim Ali menunjukkan paras air banjir di penanda aras air yang terletak bersebelahan rumahnya. – Gambar Scoop, 4 Ogos, 2023

Seorang penghantar makanan dikenali sebagai Wan yang baru berpindah ke kampung ini sejak empat bulan lalu pula berharap agar lebih banyak kemudahan awam dibangunkan untuk kegunaan penduduk.

“Di sini tiada kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam seperti 7-Eleven dan KK Mart. Jadi penduduk di sini terpaksa keluar jauh ke daerah Kampung Sungai Udang.

“Begitu juga dengan stesen minyak dan bank. Hanya ada satu bank di Kampung Sungai Udang iaitu Bank Hong Leong.

“Bayangkan penduduk di Kampung Delek ini terpaksa pergi ke Kampung Sungai Udang jika mahu mengisi minyak ataupun mengeluarkan wang di bank,” katanya.

Malah ceritanya lagi, penduduk di kawasan itu juga sukar mendapatkan perkhidmatan kemudahan e-hailing.

“Pengangkutan awam di sini juga tiada. Pemandu e-hailing pula enggan masuk ke kawasan ini kerana terdapat beberapa kawasan yang tiada dalam ‘Google Maps’.

“Tetapi apa yang membuatkan saya pilih untuk pindah ke sini kerana saya sukakan suasananya yang tenteram dan jauh dari kesibukan kota,” katanya.

Peniaga gerai nasi campur, Latifah Osman mengakui terpaksa mengeluarkan beberapa menu daripada jualannya kerana tidak lagi menjadi pilihan pelanggan. – Gambar Scoop, 4 Ogos, 2023

Sementara itu, peniaga gerai nasi campur di Kampung Sungai Udang, Latifah Osman mengakui pendapatannya sedikit terjejas kerana terpaksa mengurangkan menu dalam jualan hariannya susulan keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

“Saya terpaksa keluarkan menu seperti ikan bakar, asam pedas dan beberapa lagi kerana ia tidak lagi menjadi pilihan pelanggan kerana harganya yang lebih mahal berbanding lauk lain. Saya jual nasi kerabu pun terpaksa naikkan harga dari RM7 kepada RM8 kerana harga ayam naik.

“Ada yang datang ke gerai tak cukup wang untuk bayar, minta diri untuk balik dulu kemudian datang semula untuk bayar. Ada juga yang datang bawa duit syiling. Sebagai peniaga, saya sangat terkesan dengan situasi ini,” katanya.

Jelas Latifah yang mesra disapa Umi, sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, dia juga terpaksa menggunakan kesemua wang simpanannya untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Ditanya mengenai siapa calon pilihan di kerusi tersebut, Umi yang sudah berniaga di kawasan itu selama 20 tahun masih belum pasti calon yang akan dipangkah pada 12 Ogos ini.

“Perasaan saya berbelah bahagi 50-50. Saya rasa di sini kami lebih kepada orang kata ‘rakyat jaga rakyat’. Sejak PKP dulu, saya rasa macam dah lama tak ada pemimpin.

“Tetapi saya puji Ahli Parlimen Kapar iaitu YB (Yang Berhormat) Dr Halimah Ali kerana dia memang bagus,” katanya yang merindui zaman ‘Bossku’ di mana rakyat dapat merasai pelbagai bantuan.

Kerusi DUN Selat Klang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Roslee Abd Hamid, penyandang kerusi itu, Datuk Abdul Rashid mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Datuk Mohamad Ezam Nor. – 4, Ogos 2023

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related