Meletakkan calon kontroversi umpama menjerat parti, pengundi mahu wakil rakyat berwibawa

Mereka inginkan ADUN yang boleh mendahulukan kesejahteraan rakyat, berupaya bangunkan ekonomi setempat

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Parti yang meletakkan calon kontroversi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi meraih sokongan pengundi, berisiko kalah di kerusi ditandingi, susulan rakyat mahu pemimpin berkebolehan tinggi bagi melaksanakan tanggungjawab.

Malah, pengundi mendambakan wakil rakyat yang mampu memberi keutamaan kepada kesejahteraan mereka dan berupaya membangunkan ekonomi setempat.

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Junaidi Awang Besar berkata, pencalonan individu terpalit kontroversi dilihat hanya politiking yang dicetuskan bagi membuatkan rakyat terpengaruh dan memberi perhatian terhadap pemimpin terbabit.

“Pemilihan calon kontroversi mungkin dilihat sebagai pengubah haluan dalam undian, walaupun ia memberi risiko kepada gabungan parti bertanding.

“Dalam usaha mendapatkan sokongan, pertama, parti akan letak calon popular yang mungkin kerana aspek positif dilakukan. Kedua, memilih calon kontroversi yang walaupun terpalit dengan perkara negatif, itu dilihat dapat mempromosi individu terbabit agar dikenali dan dipilih pengundi.

“Potensi untuk kalah (ada) apabila meletakkan calon kontroversi disebabkan pengundi sekarang ini rasional untuk melihat keamanan, di samping mereka mahu pemimpin yang fokus kepada kebajikan rakyat serta pemulihan ekonomi.  Ini (calon kontroversi) politiking agar dapat pengaruhi pengundi supaya mereka ambil tahu mengenai calon itu,” katanya ketika dihubungi Scoop.

Junaidi berkata, pengundi hari ini juga dilihat lebih bijak menilai parti sebelum menentukan dan memberi undi.

Pensyarah Geografi Pilihan Raya UKM itu menegaskan, calon seharusnya berhati-hati dalam bertutur ketika berkempen kerana dibimbangi jika tersalah kata, ia mungkin menjejaskan peluang parti dan diri mereka, apabila pengundi akan berpendapat ia adalah sikap bakal ditunjukkan sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat.

Ujarnya, jika pilihan itu dibuat pengundi sesebuah parti, ia mungkin tidak menimbulkan masalah persepsi negatif kepada calon.

“Namun pengundi atas pagar atau orang muda, setidak-tidaknya kalau dia tak suka parti, mereka akan sokong calon dikenali yang berkemungkinan kerana rekod pencapaian baik serta pelbagai pengalaman politik, jadi reputasi positif penting untuk ditonjolkan.

“Jagalah percakapan, kita juga risau ia akan menjadi contoh kepada rakyat jika pemimpin (kontroversi) itu dipilih sebagai Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri). Kalau dia boleh menghina orang, mencaci Raja dan pelbagai lagi, nanti kita khuatir masyarakat akan ikut sikap ini kerana berpandangan jika wakil rakyat mereka boleh, kenapa mereka tidak boleh.

“Inilah bahaya jika pemimpin politik kontroversi ditawarkan kerana bukan sahaja boleh merosakkan rakyat, malah memberi imej buruk kepada penyokong parti mereka,” katanya.

Sehubungan itu, Junaidi menasihatkan semua calon PRN kali ini supaya menjaga adab semasa berkempen, terutama percakapan dan kelakuan supaya tidak menimbulkan perbalahan, sekali gus mengelakkan tercetus kontroversi.

“Kena hormat antara satu sama lain. Jangan serang peribadi, sebaliknya tampilkan idea untuk pembangunan kawasan ditandingi, bukan asyik politiking. Calon sepatutnya kemukakan idea atau gagasan holisitik untuk manifesto yang dapat membangunkan kawasan diwakili.

“Jika berceramah, jangan sampai menguris mana-mana pihak, mereka perlu sarat dengan idea…kena ingat, PRN ini pengundi akan berfikiran rasional untuk memilih individu yang mempunyai rekod baik,” katanya. – 4 Ogos, 2023.

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related