AGC bantah semakan kehakiman Kayveas batal pelantikan Maglin sebagai presiden myPPP

Antara alasan ia difailkan termasuk kedua-dua responden gagal mengambil kira bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Ke-67 diadakan pada 19 Mac lepas yang melantik Maglin sebagai Presiden myPPP adalah tidak sah

12:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Tan Sri M. Kayveas bagi membatalkan pelantikan Datuk Seri Maglin Dennis D’Cruz sebagai Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (myPPP).

Peguam Persekutuan Muhammad Hairuliqram Hairuddin yang mewakili AGC memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh hari ini bahawa permohonan itu telah difailkan semalam.

Peguam Ragunath Kesavan, yang mewakili Kayveas pula berkata pihaknya memerlukan masa untuk meneliti dan memfailkan hujahan berhubung permohonan AGC.

Mahkamah menetapkan 29 Ogos ini untuk mendengar permohonan tersebut.

AGC membantah permohonan itu antaranya atas alasan isu dibangkitkan oleh Kayveas tidak boleh disemak melalui semakan kehakiman kerana bertentangan dengan Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 selain mahkamah tiada bidang kuasa untuk menyemak isu berkaitan parti.

Kayveas, 69, memfailkan permohonan itu pada 7 Julai lepas dengan menamakan Menteri Dalam Negeri dan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) sebagai responden pertama dan kedua.

Permohonan itu difailkan antaranya atas alasan kedua-dua responden gagal mengambil kira bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Ke-67 diadakan pada 19 Mac lepas yang melantik Maglin sebagai Presiden myPPP adalah tidak sah berikutan 13 individu yang hadir pada mesyuarat itu dilucutkan keahlian mereka berkuat kuasa 25 April 2018.

Beliau antara lain memohon deklarasi bahawa Mesyuarat Agung Tahunan itu adalah tidak sah selain mendakwa pelantikan Maglin sebagai Presiden MyPPP tidak sah kerana melanggar Perlembagaan myPPP.

Ahli politik veteran itu juga memohon suatu perintah untuk membatalkan keputusan seorang pegawai  Kementerian Dalam Negeri melalui surat bertarikh 11 April lepas yang meluluskan rayuan pembatalan pendaftaran parti tersebut.

MyPPP dibatalkan pendaftarannya pada 14 Jan 2019. – 3 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related