Polis Selangor sahkan tiada unsur kempen dalam ucapan Fahmi Fadzil

Pihak polis juga telah mengenal pasti pemilik akaun yang menyebarkan video itu dan usaha mengesannya sedang giat dilakukan

6:29 PM MYT

 

SHAH ALAM – Polis mengesahkan tidak ada sebarang unsur kempen politik dalam ucapan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang dilaporkan berlaku di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang dekat sini pada Ahad lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia berikutan hasil penelitian terhadap rakaman video berdurasi 12 minit yang mengandungi ucapan Fahmi di masjid itu.

“… tempoh 12 minit ucapan daripada Menteri itu adalah berhubung penerangan berkaitan isu kumpulan muzik The 1975.

“Kita telah memanggil seramai lapan saksi termasuk pengadu dan mereka yang hadir ketika ucapan itu dibuat,”  katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.  

Beliau berkata pihak polis juga telah mengenal pasti pemilik akaun yang menyebarkan video itu dan usaha mengesannya sedang giat dilakukan kerana membuat kenyataan tidak benar.

“Kita sudah ada nama dan alamat dia. Perkara benar tidak mengapa tetapi yang memfitnah adalah satu kesalahan,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. – 2 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Petros accuses Petronas of strong-arm tactics in blocking Sarawak’s gas rights

Court documents reveal claims of dominance abuse and interference with the state’s sole gas aggregator role

Related