Saya buat lagu untuk PMX, bukan pasal parti: Yuletta Yucha

Lagu Vibes Anak Muda yang menggunakan melodi lagu Malam Pagi nyanyian Saixse dan MK K-Clique mengajak belia memberikan sokongan kepada PMX dalam PRN

1:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gara-gara menghasilkan lagu Vibes Anak Muda yang mengajak belia memberikan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Negeri (PRN), pempengaruh TikTok, Yuletta Yucha dikecam hebat netizen sehingga ada menggelarnya ‘macai’ atau kaki ampu Pakatan Harapan (PH).

Ketika dihubungi Scoop, Yucha berkata, sebagai seorang penghibur dan pencipta kandungan di TikTok, dia sentiasa menawarkan perkhidmatan menghasilkan kandungan kreatif kepada pelanggan.

“Sama jugalah dengan lagu Vibes Anak Muda. Memang saya dibayar tapi pada masa sama saya tidak menyentuh tentang parti dan kalau dilihat dalam konten, saya tidak memakai baju mana-mana parti politik. Niat saya hanyalah untuk mencari kerja, bukan berpolitik,’’ katanya.

Menjelaskan bagaimana dia ‘terjebak’ dengan penciptaan lagu Vibes Anak Muda, Yucha berkata, dia dihubungi seorang klien sebelum hari penamaan calon.

“Dia beritahu saya dia suka dengar saya bawakan lagu Malam Pagi yang dipopularkan Saixse dan MK K-Clique di akaun TikTok saya. Jadi dia bertanya jika saya boleh parodikan lagu tersebut tetapi dengan lirik yang berbeza dan penekanan kepada tiga perkataan iaitu PMX, Kerajaan Perpaduan dan Malaysia Madani.

“Saya kata okey. Sebab lagu itu dibuat untuk PMX dan saya bersyukur kerana klien itu juga tidak meminta saya mengutuk mana-mana pihak,’’ katanya.

Yucha yang terkenal membawakan lagu-lagu Tamil di TikToknya memberitahu dia sendiri yang menghasilkan lirik lagu Vibes Anak Muda dan menyiapkan lagu itu dalam masa empat jam.

“Saya bagi dia dengar lagu itu dan dia menyukainya serta cakap best. Klien happy, saya pun happy. Tapi, bila ia dimuatnaik keesokan harinya, saya menerima kecaman.

“Ramai yang tanya kenapa saya ‘bias’. Saya ingin memaklumkan bahawa saya tiada masalah untuk menghasilkan kandungan kepada mana-mana pihak tetapi jika ada yang sakit hati, saya minta maaf.

“Saya tidak disuruh untuk pangkah parti kerajaan memerintah. Saya hanya buat kerja sebagai pencipta kandungan yang dibayar. Saya harap segelintir rakyat Malaysia faham akan hal ini. Kalau hendak berpolitik sekali pun, jangan sampai taksub sehingga mencaci,” katanya.

Tentang lagu Vibes Anak Muda yang sedang tular di media sosial, Yucha berkata, dia berpuas hati dengan apa yang dilakukannya.

“Liriknya bagi saya memang cantik dan melodi dihasilkan Saixse memang sedap pun. Saya sendiri terkejut apabila diberitahu lagu itu telah pun sampai ke pengetahuan PMX.

“Bahkan, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pun masuk di dalam TikTok saya memberikan semangat supaya saya mengabaikan komen berbentuk cemuhan,” katanya. – 3 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related