Cik Ton kesal kisah silam jadi peluru lawan, ‘saya hanya usaha, terpulanglah…’

Walaupun mempunyai ramai pengikut di TikTok, Fazil Mohamad Dali enggan terlalu selesa dengan kelebihan dimilikinya itu

10:03 AM MYT

 

CHERAS – Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah, Fazil Mohamad Dali enggan menjadikan kisah silam yang mengaitkannya dengan budaya samseng sebagai penghalang untuk berbakti kepada masyarakat.

Walaupun mempunyai ramai pengikut di TikTok disifatkan satu kelebihan, namun Fazil tidak menganggap ia terlalu selesa. – Gambar Scoop, 2 Ogos, 2023

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ayahanda Cik Ton turut kecewa dengan tindakan pihak lawan yang menjadikan isu lama itu sebagai peluru politik, semata-mata demi mencipta persepsi negatif terhadap PN.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan ACT Malaysia (ACT) itu menegaskan, pengalaman sebagai aktivis badan bukan kerajaan (NGO) sejak 2013 memberi beliau keyakinan untuk terus berbakti kepada masyarakat di kawasan DUN ditandinginya itu.

Fazil dilihat turun padang agar penduduk tempatan boleh mengenalinya sebagai calon PN DUN Pandan Indah. – Gambar Scoop, 2 Ogos, 2023

“Bagi saya, (sentimen budaya samseng) adalah strategi atau peluru untuk menembak PN agar ia boleh dijadikan isu untuk meraih perhatian bagi pihak lawan. Ia normal tetapi bukan itu isunya.

“Paling penting adalah pengorbanan dan matlamat kita yang boleh disampaikan kepada masyarakat untuk membantu dalam memudahkan urusan kehidupan seharian mereka,” katanya kepada Scoop ketika ditemui di Bilik Gerakan PN DUN Pandan Indah, semalam.

Fazil bertemu dengan penduduk tempatan ketika mengadakan walkabout di sekitar Pandan Indah. – Gambar Scoop, 2 Ogos, 2023

Ditanya sama ada beliau selesa disapa sebagai Ayahanda Cik Ton, lelaki berusia 49 tahun itu berkata, gelaran tersebut sudah sinonim dengan dirinya.

Malah bapa kepada 15 cahaya mata itu memberitahu, meskipun mempunyai ramai pengikut di TikTok yang disifatkan sebagai satu kelebihan kepada dirinya, beliau enggan terlalu selesa.

“Apabila tanggungjawab diberikan, kita tak boleh letak populariti sebagai tajuk utama. Kita harus meletakkan perjuangan untuk menyantuni rakyat sebagai perkara utama. Kalau kita rasa hebat dengan sebab kita popular, (itu salah) kerana semua dengan izin Allah.

“Saya hanya usaha dan terpulanglah kepada orang ramai untuk menilai dan menerima saya. Kalau mereka sayang, suka saya, mereka akan undi. Ketika ini, semua calon sedang berjuang demi mencapai matlamat sama iaitu untuk menang,” katanya.

Fazil bersalam dengan penduduk ketika ditemui di Restoran Mak Engku, Cheras. – Gambar Scoop, 2 Ogos, 2023

Dalam pada itu, Fazil memberitahu beliau akan sentiasa turun padang menyantuni rakyat sepanjang tempoh berkempan bagi membantu PN memenangi kerusi DUN tersebut.

Selain Fazil, kerusi DUN Pandan Indah itu turut ditandingi penyandangnya, Izham Hashim daripada PH, Lisa Redzuan mewakili Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) serta calon bebas, R Sivaneswaran.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Izham memenangi kerusi Pandan Indah atas tiket PKR dengan majoriti 16,386 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Haniff Koslan dan calon PAS, Datuk Iskandar A Samad. – 2 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Everyone makes mistakes: Hannah should forgive Razman, says PAS spiritual leader

Datuk Hashim Jasin says Youth and Sports Minister should let bygones be bygones over ‘YTL daughter’ gaffe

Related