Pemeliharaan alam sekitar bukan lagi sekadar CSR: Nik Nazmi

Penerapan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) adalah antara elemen yang dinilai pelabur global dalam menerokai potensi pelaburan

7:53 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Aspek pemeliharaan alam sekitar dalam urusan korporat bukan lagi sekadar tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebaliknya perlu menjadi pemboleh daya dalam memperluas perniagaan dan mencipta nilai baharu.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata penerapan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) adalah antara elemen yang dinilai pelabur global dalam menerokai potensi pelaburan.

“Oleh itu, organisasi perlu berani berubah, mengubah minda dan memanfaatkan teknologi melalui pengamalan ESG agar kekal relevan dan berdaya saing,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran program kelestarian Mydin Prihatin #forfuture di Mydin Subang Jaya dekat sini hari ini. 

Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau berkata dalam isu kelestarian peranan sektor swasta terutama pemain besar seperti Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) adalah penting kerana membawa impak yang besar kepada rantaian pembekal dan keseluruhan ekonomi.

“Di peringkat kerajaan boleh ada dasar dan peraturan mengenai kelestarian namun perlu ada respons daripada pihak swasta seperti yang diambil pihak Mydin,” katanya. 

Pengarah Urusan Mydin Datuk Ameer Ali Mydin pula berkata setakat ini, sejumlah 15 premis Mydin sudah dilengkapi panel solar bagi mengurangkan pelepasan karbon. 

Beliau berkata Mydin juga akan melabur sebanyak RM7 juta bagi perisian dan peralatan pelbagai kemudahan untuk menguruskan tenaga secara efisien. 

Katanya inisiatif ESG Mydin Prihatin, yang dilancarkan hari ini, memfokus kepada usaha menjaga serta menerapkan budaya melestarikan alam sekitar termasuk dengan sistem kepintaran data, pengurusan sisa efektif, kecekapan tenaga, penggunaan tenaga boleh guna, tong pakaian kitar semula dan sistem logistik pintar yang membantu mengurangkan pelepasan karbon. – Bernama

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related