SHAH ALAM – Suasana penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga ‘kecoh’ apabila seorang individu menjerit ‘Doraemon’ ketika nama calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Rina Mohd Harun diumum.
Panggilan itu kedengaran ketika pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyebut nama Rina sebagai seorang daripada calon di DUN berkenaan.
“(Calon) Kedua, Rina Binti Mohd Harun…” kata pegawai itu, sebelum disambut dengan jeritan ‘Doraemon’ oleh individu terbabit.
Ketika pegawai itu meneruskan kata-katanya, kedengaran jeritan sama dilontarkan.
Meskipun jeritan itu agak kuat, Rina kelihatan tidak terkesan dengan perkara itu dan kekal tersenyum.
Doraemon adalah kartun robot kucing yang menjadi penjaga kanak-kanak dan merupakan watak utama dalam siri Doraemon.
Selain Rina, DUN Batu Tiga menyaksikan dua calon lain, masing-masing Danial Al Rashid dari Pakatan Harapan (PH) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syaitdiyah Izzati Nur Razak. – 29 Julai, 2023
Suasana penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga ‘kecoh’ apabila seorang individu menjerit ‘Doremon’ ketika nama calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Rina Mohd Harun diumum. pic.twitter.com/Dqj49GvgOV
— Scoop (@Scoopdotmy) July 29, 2023