VLN: Pegawai penguat kuasa antara dua ditahan terima rasuah lebih RM100 juta

Sumber berkata kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipercayai ditahan kira-kira 6.30 petang semalam ketika diminta hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya

4:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai penguat kuasa yang pernah bertugas di Suruhanjaya Tinggi Bangladesh antara dua individu ditahan kerana disyaki menerima rasuah dianggarkan lebih RM100 juta sejak 2021.

Sumber berkata pegawai penguat kuasa itu menerima rasuah bagi meluluskan permohonan visa oleh warga Bangladesh memasuki Malaysia yang kononnya untuk tujuan melancong. 

“Hasil siasatan mendapati pegawai itu dipercayai bersubahat dengan agensi pekerjaan di Bangladesh dan Malaysia dengan sengaja menyalahgunakan Visa Luar Negara (VLN) membawa masuk rakyat Bangladesh untuk bekerja di Malaysia sejak 2021.

“Selain itu, siasatan juga mendapati pegawai itu dipercayai menerima bayaran sekitar RM1,363 (US$300) ke RM2,272 (US$500) bagi setiap kelulusan permohonan VLN melibatkan jumlah rasuah dianggarkan lebih RM100 juta meskipun pembayaran visa yang ditetapkan oleh kerajaan hanya RM105 sahaja,” kata sumber itu.

Susulan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi individu dipercayai pengarah urusan syarikat pembekal tenaga kerja yang disyaki bersekongkol dengan pegawai penguat kuasa terbabit.

Sumber berkata kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipercayai ditahan kira-kira 6.30 petang semalam ketika diminta hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya. 

“Pegawai penguat kuasa yang ditahan itu merupakan pegawai agensi penguat kuasa ketiga yang ditahan untuk membantu siasatan Op Taka yang dilancarkan April lepas oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM dengan kerjasama Jabatan Imigresen.  

Majistret M. Mageshwary membenarkan perintah tahanan reman kedua-dua lelaki terbabit selama empat hari bermula hari ini hingga 31 Julai ini di Mahkamah Shah Alam hari ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua lelaki terbabit. – 28 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related