568 lokasi di Johor dipilih untuk projek PoP Fasa 2: Teo

Ahli Parlimen Kulai itu berkata 55 sekolah di negeri ini yang dipilih untuk pelaksanaan projek PoP Fasa 1 telah selesai sepenuhnya

4:34 PM MYT

 

KULAI – Sebanyak 568 lokasi di Johor dipilih untuk pelaksanaan projek “Point of Presence” (PoP) Fasa 2, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 17 lokasi di kawasan sekolah sudah dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar gentian optik PoP.

“Di bawah fasa dua, 12 sekolah telah dipilih (di Parlimen Kulai) … sekolah itu akan dirujuk sebagai central point dan kami akan menyediakan infrastruktur gentian optik di kawasan berkenaan hingga radius 2.5 kilometer (km).

“Antara sekolah yang dipilih untuk melaksanakan Projek PoP Fasa Dua ialah Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia di Felda Taib Andak, Sekolah Kebangsaan Felda Inas dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Kelan, Kulai,” katanya pada sidang media bersempena dengan Majlis Perasmian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bandar Senai di sini hari ini.

Teo yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata pihaknya berharap peluasan PoP dapat memberi kemudahan kepada masyarakat setempat sekali gus meningkatkan perkhidmatan kelajuan Internet lebih tinggi.

Sementara itu, Teo berkata 55 sekolah di negeri ini yang dipilih untuk pelaksanaan projek PoP Fasa 1 telah selesai sepenuhnya.

“Di bawah Parlimen Kulai, tiga sekolah telah dipilih untuk projek PoP Fasa 1 antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kelapa Sawit dan SMK Bukit Batu, serta kawasan perindustrian Sedenak yang telah selesai semuanya,” katanya.

Projek PoP bertujuan merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar dengan menjadikan sekolah sebagai hab infrastruktur jalur lebar gentian optik sekali gus membolehkan sekolah, premis kerajaan dan kawasan perumahan di sekelilingnya mendapat akses jalur lebar dengan kelajuan yang tinggi.

Dalam perkembangan lain, Teo berkata dua lagi NADI dijangka dibuka di negeri ini pada hujung bulan ini. 

Beliau berkata ia melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani di Kampung Bukit Sri Wangi, Batu Pahat dan DUN Larkin di kawasan Kebun Teh serta pembukaan kedua-dua Pusat NADI itu akan melengkapkan 101 NADI di Johor selaras dengan inisiatif 1 DUN 1 NADI. 

“Kita memang menggalakkan penduduk sekitar datang dan menikmati kemudahan yang telah disediakan oleh NADI dengan setiap pusat NADI menyediakan sekurang-kurangnya 20 unit komputer riba yang boleh digunakan untuk kelas secara dalam talian dan sebagainya.

“NADI juga berhasrat untuk melatih e-usahawan. Ia antara inisiatif di bawah NADi, kita ingin membantu meningkatkan pendapatan isi rumah,” katanya. – 22 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Tengku Zafrul back in the mix for BAM presidency

The post has been vacant since after the Paris Olympics last year when Tan Sri Mohamad Norza Zakaria stepped down

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related